Kit Siang Dikecam Kerana Ucapan ‘Al-Fatihah Adenan’



KUALA LUMPUR – Para pengguna media sosial mengecam tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana mengunakan ungkapan ‘al-Fatihah’ sebagai tanda takziah di atas kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata menyifatkan tindakan ahli parlimen Gelang Patah itu sebagai cubaan untuk menonjolkan dirinya agar tampak Islamik.

Khairul Rizal Osman ‏@khairulryezal : Tulis sajalah Takziah. Tak boleh?

Nazzir Hussain @NazzirHussain : Usaha dia utk tampak islamik dan zahir simpati.

ida_mutiaralisha ‏@mutiaralisha_73 : Lu apek xmandi hadas bkn reti al fatihah tu ape jgn sebut bole ngok

Bagaimanapun ada dikalangan para penyokong Kit Siang menyifatkan kecaman yang dilemparkan itu sebagai ‘rasis dan tidak wajar.

Terdahulu Kit Siang melalui catatan di laman Twitter beliau pada Rabu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Adenan.

Beliau turut menyifatkan Adenan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan kematiannya merupakan satu kehilangan kepada rakyat Malaysia dan Sarawak.

Adenan, 72 disahkan meninggal dunia pada pukul 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kota Samarahan kerana komplikasi jantung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014, mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik, kerana memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.

Adenan mencatatkan satu sejarah baru untuk negeri Sarawak apabila menjadi etnik Melayu yang pertama menerajui negeri itu selaku ketua menteri.

0 Response to "Kit Siang Dikecam Kerana Ucapan ‘Al-Fatihah Adenan’"

Post a Comment