Monday, 7 November 2016

Rakyat Perlu Jimat Belanja, Tanam Sayur di Rumah Bukan Pokok Bunga


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta rakyat supaya menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan bukannya bunga dan pokok-pokok perhiasan.

Dengan ini, beliau berkata, rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport, yang kini menjadi semakin mahal disebabkan oleh kadar pertukaran dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan, maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," kata Tajuddin di Dewan Rakyat semasa sesi soal-jawab hari ini.

'Jom Bertani’ adalah program sosio-ekonomi luar bandar bertujuan membantu penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ikan untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga bertujuan untuk menghidupkan semula industri pertanian yang semakin merosot.

Tajuddin (BN-Pasir Salak) berkata demikian bagi menjawab Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk menangani harga sayur-sayuran diimport yang mahal, seperti bawang.

"Satu-satunya perkara, semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan, sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah.

"Program 'Jom Bertani’ tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah-rumah mereka," kata Tajuddin.

"Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya secara berseloroh.

11 comments

Kenapa Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani dilihat macam gelabah dengan kos sara hidup negara Malaysia ini. Kenapa pandai menasihatkan rakyat utk bercucuk tanam dan kenapa taknak mengawal kerakusan kerajaan mencengkam rakyat. Malaysia sudah lama merdeka tetapi kenapa matawang Malaysia sudah kalah dengan Thailand dan Singapore. Mana perginya bijak pandai pegawai ekonomi negara kita yg berperanan untuk menaiktarafkan matawang kita ini. Apa yg kerajaan lakukan sehingga matawang kita menjadi cemuhan drp negara jiran tetangga. Sepatutnya kita berjuang utk meninggikan nilai matawang kita dan bukannya duduk bercakaran menyalahkan pihak ini dan pihak itu. Asyik duduk kutuk mengutuk antara pemimpin dahulu dgn sekarang hingga terlupa jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu sebelum berdirinya kita sekarang ini.

Hahaha.. Kamu dlm dunia mana agknye.. Buat malu aje.. Da la xyah nk jd menteri nk ttp salah BIJAN

Lps ni semua penjual sayur tutup kedai..terbaikla

Kos tinggi pandai nasihat rakyat..para niaga terpaksa katup kedai.. Tapi dia pandai cakap.. Tapi dia tak tahu kesusahan rakyat.. Sekiranya berlaku kerajaan akan terjejas.. Ekonomi lagi bertambah teruk dari sekarang.. Ingat penjajah akan masuk bila bila masa sahaja untuk dapat negara kita..kerana ekonomi terumbang ambing Sebab dtg dari pemimpin yg tidak berfikir panjang.. Kami sebagai rakyat biasa saraan kami terlalu terjejas kami terpaksa ikat perut untuk terus hidup.kami nak pemimpin yg bijak.

tanam je lah bijan dgn mama -_- bangsat! mmg dihina rakyat. better, they be buried instead of us, tanam sayur etc.

rumah aku 10 tinggkat celah mne nk bercucuk tanamnya..jgn smpai kau yg aku tanam..hahaha

Abis peniaga sayur2 boleh bungkus la pasni��


EmoticonEmoticon