Monday, 7 November 2016

Najib Razak Mendapat Gelaran Menteri Kewangan ‘terburuk’ Asia 2016


 Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak disenaraikan sebagai Menteri Kewangan negara Asia ‘terburuk’ dalam satu laporan dikeluarkan portal kewangan antarabangsa, FinanceAsia hari ini.

Laporan FinanceAsia itu mengkaji prestasi 12 menteri kewangan Asia Pasifik berdasarkan beberapa indeks prestasi melibatkan kepimpinan, tanggungjawab dan kuasa.

Diletakkan dalam senarai ke-12, Najib pada 2015 berhadapan tahun mencabar dalam pengurusan ekonomi Malaysia apabila mengalami ‘double whammy’ melibatkan skandal politik dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB).



FInanceNegara juga berhadapan cabaran ekonomi global menerima tempias kejatuhan harga minyak dunia sehingga memaksa Kerajaan Persekutuan membuat ubah suai Bajet 2015.

Sementara itu agensi berita Reuters melaporkan Ringgit menerajui kejatuhan dalam kalangan mata wang negara membangun Asia hari ini berikutan harga minyak mentah terus jatuh dan aktiviti perkilangan global kekal lemah, mengurangkan selera pelabur bagi aset yang lebih berisiko.

Ringgit juga menerima tekanan lanjut daripada kebimbangan diperbaharui berhubung 1MDB.

Pihak berkuasa Singapura berkata, mereka menahan sejumlah besar akaun bank dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kemungkinan 1MDB terbabit dalam pengubahan wang haram.

Ringgit semakin jatuh berikutan peningkatan kebimbangan berhubung penyusutan pendapatan minyak dan gas Malaysia dan menyebabkan tekanan kepada atas kewangan kerajaan.

2 comments

Skandal 1mdb hot satu dunia n cara handle kes tu buat imej najib buruk


EmoticonEmoticon