Friday, 25 November 2016

Muslimah Turun Di Jalanan Umpama Pelacur - Ulama Muda UMNO


Kalau muslimah bertudung labuh yang keluar demonstrasi dilabel ibarat pelacur kelas atasan...












Habis yang ini boleh dilabel sebagai apa pula?



Secara peribadi, aku juga tidak suka dengan budaya demonstrasi tak kira la dari yang pro-pembangkang mahupun pro-kerajaan, tapi melabelkan orang lain sebagai pelacur lebih2 lagi kaum wanita yang menjaga maruah diri dengan menutup aurat, aku rasa ia bukan sesuatu yang sepatutnya dikeluarkan oleh orang agama. 

Jika muslimah yang pergi demontrasi dilabel sebagai pelacur kerana mereka menggunakan tubuh badan mereka untuk mendapatkan hasil yang mereka harapkan serta menayangkan tubuh badan mereka (termasuk suara yang dianggap aurat oleh beberapa mazhab fiqh) kepada para lelaki, maka bagaimana pula dengan penyanyi wanita, penceramah wanita, wanita yang bekerjaya, pemimpin wanita, isteri pemimpin dan lain2 lagi?

Mereka juga menggunakan tubuh badan mereka (guna tubuh badan untuk bekerja dan mencari rezeki, bukan jual tubuh badan untuk seks) untuk mendapatkan hasil yang mereka harapkan? Mereka juga menayangkan tubuh badan termasuk suara kepada para lelaki? Adakah mereka juga boleh dilabel pelacur? Kalau macam tu boleh kata 99% wanita Islam kat Malaysia ini adalah pelacur, termasuk ibu, isteri dan anak perempuan kita sekali? 

Sedangkan gadis yang liar dan seksi pun aku tidak sanggup menghina dan melabelkan mereka dengan perkataan pelacur kerana aku percaya mereka juga mempunyai peluang untuk berubah, inikan pula gadis yang menjaga aurat dan harga diri. 

Cukup2lah ustaz, nak berdakwah pun bukan begitu caranya. Mempunyai pandangan yang berbeza pun tidak perlulah sampai nak melabel kaum wanita dengan begitu hina dan keji. Apa yang dibuat bukan semakin memulih keadaan, malah hanya menambahkan kebencian serta merosakkan reputasi agamawan dan nama parti yang diwakili sahaja.

Bacaan lanjut - Ustaz Asri bantah ulama muda Umno katakan Muslimah bantah GST pelacur kelas atasan.

1 comments so far

Ulama umngok ilmu cetek...kalau mcm tu ibu2 kamu pun pelacur...


EmoticonEmoticon