Thursday, 3 November 2016

Kalau Tak Mampu Belilah Minyak dalam Beg Plastik Kerana Kami Masih Beri Subsidi

 KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini memberi jaminan harga minyak masak 1kg kekal pada RM2.50, tetapi subsidi untuk kategori lain dimansuhkan.

“Apabila saya kata kami mahu melakukan rasionalisasi, sesetengah orang ingat harga minyak masak akan naik RM3.70 hingga RM3.90 sekilogram.

“Saya berkata, subsidi perlu dikekalkan,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak khabar angin mendakwa Putrajaya bercadang memansuhkan subsidi minyak masak 1kg, pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, subsidi untuk minyak masak kategori lain dihapuskan, termasuk minyak masak paket plastik 5kg, mulai Selasa depan.
“Saya mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan kami setuju paling penting ialah kumpulan berpendapatan rendah.
“Kami faham mereka ni selalu beli pek 1kg. Itu sebabnya saya mengumumkan hari ini yang harga untuk paket plastik 1kg kekal RM2.50,” katanya.


Hamzah berkata, kerajaan mengambil kira beberapa aspek sebelum menyemak semula harga untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi, termasuk kenaikan harga minyak sawit mentah dalam pasaran semasa.

Katanya, pemansuhan subsidi perlu dilakukan susulan purata kenaikan RM600 setiap tan metrik minyak sawit dalam tempoh kurang setahun, sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan tambahan RM400 juta bagi menampung subsidi minyak masak untuk tahun ini sahaja, disebabkan inflasi.

Minggu lalu, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga 1kg minyak masak paket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25, mulai 1 November ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pada Khamis lalu dilaporkan berkata, rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.







EmoticonEmoticon