Tuesday, 25 October 2016

Tikus atas roti bakar di Komugi Bakery Malaysia




Komugi Bakery Malaysia memohon maaf selepas gambar tikus dirakam berada di atas roti yang baru dibakar dalam kedainya di sebuah pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur.

Syarikat francais roti itu berkata kehadiran tikus sudah menjadi isu yang sedia dimaklumi di pusat beli belah itu dan ia dikatakan pernah berlaku, lapor The Star Online.

“Kami sedang cuba selesaikan (isu ini) untuk sejak beberapa lama,” kata Komugi Malaysia, yang mengulas tulisan berkaitan di Facebook.

Komugi juga berkata pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli belah itu.

Perkara itu juga, katanya lagi, sebagai usaha berterusan memastikan semua kedai dan produk mereka tidak terjejas dengan isu makhluk perosak.

Gambar berkaitan mula beredar di laman sosial selepas pengguna Facebook Melon Roux memuat naik gambarnya Ahad lalu.

Beliau tidak menamakan kedai itu tetapi ia serupa dengan hiasan kedai Komugi.





EmoticonEmoticon

Whos