Monday, 31 October 2016

Penemuan 4 Mayat: Motif Kes Bunuh Akhirnya Diketahui


Kes penemuan empat mayat di Kampung Tanjung Hilir, Bachok, Kelantan ternyata menggemparkan ramai pihak.

Kejadian ini dikatakan amat kejam setelah mangsa dibunuh dengan tikaman bertubi-tubi.

Siasatan awal mendedahkan kesemua mayat itu adalah warganegara Myanmar yang dibunuh kerana krisis agama.

Kesemua mangsa lelaki berusia 22 hingga 31 tahun itu dibunuh bermotifkan dendam berkaitan krisis agama di negara asal mereka membabitkan penganut Islam dan Buddha.

Menurut saksi, 4 buruh binaan itu dilarikan dari hostel mereka di Tunjung oleh sekumpulan 9 lelaki bertopeng dan bersenjata pisau pada jam 11 pagi, Selasa lalu.

Jam 6 petang semalam, seorang penduduk menemui empat mayat bergelimpangan dalam kawasan semak terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, kepala mangsa ditekup dengan plastik dan ditikam pada dada serta perut.

Ini komen Polis:

“Setiap mayat ada kesan tikaman, ada yang menpunyai satu kesan tikaman dan ada yang ada dua kesan.

“Juga terdapat kesan calar pada peha dan lengan dipercayai kesan pergelutan dan pergaduhan,”

Kini kes masih disiasat dan penjenayah masih diburu. 


EmoticonEmoticon