Thursday, 27 October 2016

Pekerja Kerajaan : Selesaikan Hutang Rumah Sebelum Pencen Jika Tidak Pencen Akan diTolak


MAKLUMAN KEPADA BAKAL PESARA KAKITANGAN AWAM

Kerajaan akan menguatkuasakan Seksyen 19 Akta Pencen 1980, di mana, mana-mana kakitangan awam yang akan bersara tetapi masih mempunyai hutang dengan kerajaan termasuklah hutang pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia atau LPPSA, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA GANJARAN PERSARAAN YANG BAKAL DITERIMA.

Jika masih tidak mencukupi untuk menampung hutang, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA BAYARAN PENCEN BULANAN SEHINGGA SELESAI.

Nampaknya selepas ini pesara kerajaan kena bersedia untuk cari pekerjaan lain selepas bersara bagi menampung kehidupan, selepas semua wang ganjaran pencen dan pencen bulanan menjadi "sifar".




Penjawat awam perlu menyelesaikan segala hutang dengan kerajaan sebelum pencen termasuk hutang pinjaman perumahan.

Kalau dulu penjawat awam boleh pencen dengan ganjaran pencen, gratuiti dan cuti ganti. Sekarang penjawat awam perlu melunaskan dengan bonus tersebut jika tidak dapat melunaskan sebelum pencen.

Lebih malang jika masih terdapat baki hutang, duit tersebut ditolak dari pencen bulanan penuh.
Tidak terlepas juga pesara sedia ada.

Sekarang, penjawat awam perlu merancang dana persaraan bermula sekarang untuk mengelakkan supaya bonus pencen dan pencen bulanan yang diidamkan tidak dipotong 100%.

Penjawat awam sekarang lebih kurang sama seperti pekerja swasta kerana masih perlu memikirkan hari pencen mereka dari sekarang.
Jaminan pencen ada tapi dapat merasa duit pencen masih 50-50 jika anda tidak merancang kewangan anda.


Mulakan merancang masa depan anda dari sekarang






 


17 comments

Masalahnya hutang negara bila nak selesai?semakin bertambah ada la. Boros punya kerajaan la skrg ni. Rakyat jugak yg perlu bayar lebih

Adoi.. bengongnya.. bru bli umah.. alamatnya mkn pasir la pencen nnt..

herm... gile r.. kene kire tahun pinjaman tu..jgn dh pencen hutang ad lagi... kene setle awal plk..hadoi..Graduiti berapa la sgt...nk clear hutang tu lagi..xde pape la pencen nnti..KWSP dah xde.... NASIBBBBBBB......!!!!!!!!!!!!!

Rasanya dari dulu kena settlekan hutang lama sebelum pencen..

Menyusahkan,kerajaan sekarang menyusahkan bakal pesara dan pesara2, mungkin kerajaan yg sedia ada tak memerlukan undi mereka lagi

mmg sebelum ni pun macam tu jugak..bapa saya pencen 2 tahun lepas pun macam tu..dah tu takan lepas pencen nak lepas je hutang tu..kalau macam tu ramai buat melepasi tahun pencen dorang dah tak payah bayar.Pening2..

Sedihnya baca artikel ni. Pesara yg nak relax duduk2 di masa tua tepaksa pikirkan hutang. Tak dah rasa simpati ke? Hutang negara.. rakyat yg tanggung.. Nasib baik sy pilih jd warganegara Indonesi time bapak sy ckp nak pilih jd warga negara Indo ke or Malay..Klau tak.. habis lah..beli ini mahal beli itu mahal .. masa tua kena bayar hutang adeeehhhh

setahu sy mmg sebelum ni pn krjn akn potong duit graduiti utk setlekn baki hutang perumahan...mmg dh maklum sblm bt loan perumahan dulu

untuk yg tak ambil pencen memang dari dulu kena bayar abis selepas pencen yg ambil pencen kerajaan akan potong sampai abis mengikut pencen yg dia dpt dah lama polisi ini kerajaan jalankan

Perkara ni dh lama dh.cumanya bakal pesara ada yg xnak ambiltahu.penolakan wang ganjaran & pencen disebabkan utk melunaskan hutang rumah,mmg dah lama dibuat.

This comment has been removed by the author.

Dah lambat buat pinjaman rumah atau lain2 pinjaman dgn kerajaan mmg le byr smpai ke pencen. Sapa nk bg free.

kan pekelililng benda ni dah lama dah? makan pasir apa nya. keja la.

sebab dier raser dier boleh menang besar tahun depan...

Hutang 1MDB bila Najib nak settle?

Sebelum ni baki pinj perumahan akan ditolak dr pencen yg dpt setiap bulan..gratuiti mmg tak diusik..tp skrg mmg kerajaan tgh btl2 nk cri dt dgn segera..tu semua dia nak ambil...

Hutang tetap kena bayar habis wpun dah pencen. Mana bole x selesaikan hutang sblum pencen. Kira bagusla guna duit gratuiti duit persaraan. Maunya kena setel awal sblum pencen , mana nk korek duit.


EmoticonEmoticon

Whos