Thursday, 20 October 2016

Mia Ahmad Nikah Pemain JDT Tahun Depan



Aktres Mia Ahmad mengakui dia kini sudah bersedia untuk berkahwin dengan penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan. Majlis pasangan ini dijangka berlangsung sekitar tahun hadapan.

Memetik laporan sebuah blog hiburan, pelakon Hati Perempuan ini berkata, dia dan kekasihnya itu sudah berjumpa keluarga.

Bagaimanapun, tarikh hari bahagia mereka masih belum ditetapkan kerana jadual Izham yang ketat sehingga hujung tahun ini.

"Saya tidak ada masalah tetapi kena ikut jadualnya. Lagipun dia ada perlawanan bola sepak sehingga ke penghujung tahun ini,” ujarnya lagi.

Tambah Mia lagi, dia akan terus diijabkabulkan tanpa melalui proses pertunangan.

"Saya tidak suka bertunang, terus berkahwin sahajalah,” katanya.


EmoticonEmoticon