Tuesday, 11 October 2016

Apabila Lelaki Yang Ditendang Budak Baju Merah Adalah Kakitangan Kerajaan

Lelaki kena terajang samseng baju merah anggota Bukan Anggota Polis? 


    

LELAKI memakai baju T Shirt Bersih 5, menunggang superbike yang diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah seorang anggota Polis.




Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis kena terajang.




Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab langgar beberapa penyokong Baju merah.




Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.

Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.


Tidak ada masaalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 



Aku percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini tugas Polis kita faham.

Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih, terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.


Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan penyokong Bersih.


Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau bertindak ganas, ramai yang bawa 'cable tie' sebab mereka tahu kalau ada yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.


Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya si Jamal Jamban boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah dia bertindak ganas.








12 comments

kasi terajang dalam lokap pulak baru tau langit tinggi rendah?
kasi makan nasi campur najis kencing baru tau....biar 24 jam tak makan..sure licin dia makan

good job done by our pdrm.

Langsi sgt geng Jamal jamban ni... Padan muka hang...rasakan...

pandai gile korang spin.. Budak jaga stor tu polis mender

Kebodohan apakah ini dgn melayu sndri pown nx bgduh lain lha klaw p tibai cina kea india ka xpa lha jgak...geng brsih pown bnyak mlyu x pyah jdy bdoh sgt klaw rsa nx tnjuk kuat try msuk gelangang tgok spa power tkut mrangkak jea blik umh bdak2 2 nnty..merah bkannya keganasan bro merah kberanian kekuatan btindak dlm diam x pyah nx tnjuk langsi sgt..btw gud job pdrm klaw aq y dpt korang mmg aq pijak lam lokap 2 kasi mampos jenis ny lha y nx mrosakkn bangsa sndri bodo xdak akai..

"Kalau aku dpt budak tu, aku cium dia" via-Jai

Polis pun manusia jugak. Punya hak nak sokong ape yg diorg nk sokong.

Tp alasan "polis pun manusia jugak" tak boleh diterima bila wujud salah laku ye.

Sebab awak dah duduk dan berkerja sbg polis sepatutnye lebih tahu pasal tanggungjawab dan cabaran. Jadi , disiplin tu penting. jgn guna alasan sama utk slack.

Tapi skrg ni bercerita pasal hak. Saje nak sentuh lebih sikit.

Peace.

Kasih airkencing tikus je dlm lokap tu...biardia rasa


EmoticonEmoticon

Whos