Thursday, 6 October 2016

Kenyataan Rasmi Azizan Osman : 'Saya Masih Lagi Doktor'

KENYATAAN RASMI PENIPUAN STATUS PHD DR AZIZAN OSMANPosted by ammar on 6 Oct, 2016 In TRENDING



Baru-baru ini menjadi viral mengenai status sebenar PhD yang dimiliki oleh Dr.Azizan Osman. Ramai yang ingin tahu adakah status “Dr” yang dimiliki oleh Dr.Azizan Osman adalah betul atau palsu?

Selepas itu University of Malaya mendedahkan status sebenar mengenai perkara tersebut. 

Terbaru, di laman sosial facebook Azizan Osman beliau mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status gelaran “Dr” yang digunakan selama ini.

KENYATAAN RASMI

PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.

Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebookwww.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedInwww.linkedin.com/in/drazizanosman. Laman web rasmi syarikat adalahwww.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami

– TAMAT –


Sumber: Azizan Osman


EmoticonEmoticon