Wednesday, 19 October 2016

Bahaya Roti : Saya Ingatkan Roti Ni Menyihatkan Rupanya Inilah Punca Diabestis, dan Obesiti



Dulu roti komersial itu macam makanan ruji kami di rumah. Kalau ke kedai, seplastik penuh dengan roti berkrim dan roti sandwich.

Roti juga macam penyelamat bila lapar. Boleh terus capai roti dan sapu dengan jem dalam botol. Nak lagi sedap letak mentega kacang ataupun jem coklat manis. Lebih seronok sebab anak-anak boleh ambil sendiri roti dan sapu jem sendiri bila mereka lapar, tak susahkan kita.

Sekarang anak-anak faham kenapa saya dah tidak beli roti di kedai. Mereka juga tahu bahawa roti komersial bukan makanan sihat tapi "junk food".
Roti yang dibeli di kedai ada high fructose corn syrup (HFCS) yang merupakan gula jahat yang boleh merosakkan badan kita dengan penyakit seperti diabetis, obesiti, pcos, gout dan sebagainya.Bagi anak-anak eczema juga roti harus dielakkan.
Kenapa bila makan roti kita tak kenyang? Sebab roti putih seperti dadah (kokain) yang buat kita ketagih nak lagi dan lagi benda manis. Jadi perut kita kenyang dengan benda manis bukan dengan zat-zat yang diperlukan seperti yang ada dalam nasi lemak, nasi goreng, ubi kayu rebus, laksa dan sebagainya.

Roti putih tergolong dalam highly processed food sama seperti junk food yang lain.Tapi roti itulah yang kita agung-agungkan di waktu sarapan, snack on the go, lunch pun kadang-kadang diet makan roti,malam takut makan nasi sebab takut gemuk jadi makan roti dengan jem.

Roti juga ada gluten. Gluten ialah protein yang ada dalam produk berasaskan gandum, barli dan rye. Fungsi gluten untuk jadikan tekstur roti dan kek jadi naik sebab gluten bertindak sebagai "glue". Kadang-kadang kita tak tahu kita tak serasi dengan gluten. Bila makan roti perut rasa sebu, bloating dan sebagainya. Gluten tiada masalah bagi orang yang serasi, tapi tak elok jika berlebihan.

Semoga kita dapat terus menerima kenyataan bahawa roti komersial (store bought breads) tidak berkhasiat sebab telah diproses, mengandungi bahan tambahan yang sesetengahnya tidak bernutrisi untuk menambah rasa sedap, tekstur yang cantik, pewarna dan pengawet untuk jangka hayat lebih lama dan juga mengandungi high fructose corn syrup (HFCS).

Saya seorang ex-breadholic yang tak boleh hidup tanpa makan roti. Saya berhenti dan bertaubat daripada membeli roti komersial sejak aidilfitri lalu. Mula-mula memang rasa nak menangis sebab bila pergi kedai atau pasaraya tak pernah tak bawa balik roti. Tapi lepas sebulan berjaya kawal dan terus tak rasa nak makan roti sampai hari ini. Kalau nak makan buat sendiri guna sourdough (yis liar) yang diternak sendiri.Sekarang juga ramai yang menjual homemade roti sourdough.Boleh cuba cari yang gluten free juga.Kalau susah sangat,belajar hidup tanpa roti.

Anak saya lima tahun juga beritahu kawan dia di sekolah "Makan roti tak bagus. Roti junk food"

Marilah kita bina generasi yang menghargai makanan sebenar (real food). Jangan tipu badan kita dengan makanan proses. Makanan proses memang sedap, mudah dan cepat tapi bahaya untuk kesihatan jangka masa panjang. - widyana.ali


EmoticonEmoticon