Thursday, 8 September 2016

Terkejut Duit KWSP Dari RM11K Lesap, Tinggal 6 Sen!




Foto dari Utusan Borneo
Seorang warga emas mendakwa caruman wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah lebih RM11,000 kini berbaki RM0.06 walaupun tidak pernah dikeluarkan.

Pesara terbabit, 77, menyedari perkara terbabit setelah di melakukan pemeriksaan potongan caruman di Pejabat KWSP di Jalan Kampung Datu selalsa lalu.

Pesara terbabit yang dikenali sebagai Mr Kan, bekas kakitangan Jabatan Tanah dan Servei berkata beliau tidak pernah mengeluarkan wang simpanan terbabit sejak pencen pada 1993.

Sejak berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 23 tahun sehingga pencen, saya tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran wang KWSP,” katanya memetik Utusan Borneo

Namun Mr Kan berkata dia dimaklumkan oleh pihak KWSP bahawa wangnya berjumlah RM11,217.12 telah dikeluarkan pada tarikh 15 Januari 1999 di Kuching.

Selain itu dia juga turut dimakluman terdapat tiga pengeluaran dilakukan iaitu pada 1989, 1993 dan 1999.

Semua pengeluaran tersebut bukan dilakukan oleh saya dan kini saya meminta pihak berkenaan menyemak semula bagaimana pengeluaran wang KWSP boleh dikeluarkan orang lain dan tidak dikenali,” katanya ditemui di Balai Polis Sentral di sini, pagi semalam.

Mr Kan berkata dia terdetik untuk memeriksa wang di KWSP apabila salah seorang dari anaknya bertanya tentang status wang tersebut.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Mr Khan diBalai Polis Sentral pada pagi semalam -


EmoticonEmoticon