Thursday, 22 September 2016

"Sebenarnya ramai orang sokong kenaikan harga parkir," kata Datuk Bandar KL



Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Loga Bala Mohan berkata, warga Kuala Lumpur setuju dan menerima kadar baru parkir yang dikuatkuasakan DBKL.Sementara itu, Datuk Bandar Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, DBKL mengutip antara RM700,000 hingga RM1 juta sebulan hasil daripada kutipan parkir di bandar raua Kuala Lumpur. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata beliau mendapat maklum balas bahawa rakyat menyokong kadar baru tempat letak kereta di ibu negara.

Katanya, maklum balas itu antaranya diperoleh daripada penduduk di Bangsar dan kawasan Taman Tun Dr Ismail.

“Banyak orang awam yang menyokong kenaikan harga parkir ini tetapi press (akhbar) pula tak sokong, mungkin sebelah sana saya tak tahulah.
“Bila parkir itu meningkat dan kita kawal, banyak peluang orang parking terutamanya di Bangsar.

“Dulu double parking, sekarang dah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar suka dan juga penduduk TTDI,” katanya.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang menghantar memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan kadar bayaran tempat letak kereta di Kuala Lumpur yang disifatkan terlalu mahal.


Memorandum itu berserta 11,000 tanda tangan petisyen rakyat Malaysia yang dikumpul melalui laman atas talian.


EmoticonEmoticon