Wednesday, 28 September 2016

Pengakuan Mangsa Skim APUM


Sebuah lagi kisah mangsa penipuan RJB yang cukup menyayatkan hati.
Dua tahun yang lalu, ibu dan ayah gembira bukan kepalang bila anak sulung mereka berjaya menjejakkan kaki di universiti.

Walaupun berat hati terpaksa berjauhan dengan anak buat seketika, namun ibu dan ayah rela demi masa depan dan harapan agar anak akan jadi insan berpelajaran.
Sebelum pulang, ayah berpesan dan berpesan supaya berikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.

Sesudah tamat semester satu, sekali lagi ibu dan ayah mengukirkan senyuman bila anak sulung mereka dapat keputusan cemerlang.

Bermula semester kedua, ibu dan ayah dikejutkan dengan keputusan anak yang mahu menceburi bidang perniagaan. Apatah lagi bila anak meminta duit RM 6,600, namun demi kasih sayang ibu dan ayah turutkan.

Sepanjang semester kedua, bila dihubungi anak sulung mereka sering berada di Kuala Lumpur dan Johor. Ayah mula sangsi takut-takut anak tinggalkan kuliah. Alasan anak pula ialah ada kuliah ganti.

Semasa semester ketiga, anak meminta lagi duit yang banyak dengan alasan susah nak cari downline. Oleh itu perlu bayar kepada RJB untuk percepatkan proses mendapat pangkat Apprentice. Demi kasih sayang, segala permintaan diturutkan.
Bila ditanya mengenai pelajar, anak mula berdolak dalih, kononnya ijazah bukanlah satu tiket untuk mendapat pekerjaan.

Dipendekkan cerita, anak gagal semasa semester ketiga dan tidak boleh lagi mengikuti pembelajaran di universiti.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ibu dan ayah terluka dan kecewa. Apatah lagi duit belasan ribu yang dihabiskan adalah antara punca kegagalan.
Setelah gagal, anak pulang ke pangkuan ibu dan ayah. Betapa dasyat peserta RJB telah dikawal minda, bila di kampung anak pula cuba brainwash ayahnya tentang jihad ekonomi.
Kata-kata pujian terhadap terhadap Azhar dan Juwita juga tidak lekang dari bibir anak mereka walaupun belasan ribu telah hilang dari pandangan dengan sekelip mata. Namun ibu dan ayah tidak mudah terpengaruh.

Alhamdulillah kini anak mereka mula sedar dengan pembohongan RJB. Duit belasan ribu yang diberi kepada RJB tidak akan kembali.
Ibu dan ayah masih menaruh harapan agar anak sulung mereka menyambung pelajaran. Kami doakan moga-moga dipermudahkan segala urusan.
Pesan ayah kepada RJB, terima kasih kerana merekrut anak kami.


ps: Kisah ini dipaparkan setelah mendapat persetujuan ahli keluarga



Pengakuan salah seorang mangsa skim sontot APUM.

“mula2 kwn bwk g tempat dia . dia cakap nk share something pastu dh sampai dia perkenalkan tempat tu dan mcm2 la . pastu dia pnggil org atas mula explain pasal bisnes ni . pastu dorg brainwash la janji mcm2 kalau dh masuk kaya gila nak berenti belajar pun okay . pastu dorg akan selalu pujuk and contact kita . Pastu kalau kita setuju dorang akan selalu desak bila nak cukupkan 6600 . kawan sy sorang lg dia letak kertas atas meja dan suruh listkan nama orang yang boleh kita berhutang pastu call masa tu jugak . memang on the spot dorang buat . Nak hutang tu cakapla urgent nak pakai duit lepas 3 bulan or 4,5 bulan baru bayar . Bayangkan dorg dah ajar berhutang masa tu . bukannya sikit 6600 kott . pastu bila dah complete dorg terus on kan misi . mula la explain misi yg susah gila nak mati tuh . sebelum ni cite2 yg basic je . rupanya lagi parah . setiap event dia kena byr dlm rm100@200 . Pastu kena beli buku lg . Then part yg paling best bila sy dh masuk, dah pegi kelas semua, haritu sy nak amek vco oasis tu . then staff dia cakap nama sy xde dalam sistem . ya Allah !!!!! selama ni saya kena tipu xtahu pegi mana duit 6600 . then dorang suruh isi borang balik . memang menyusahkan sgt2 sebab sy dtg dpd kelantan ke kl semata2 nak amek vco . masa tu cuti sem . then lepas tu baru boleh amek vco 33 botol tu pun lepas mmg susah gila nak amek kejap borang xdela hilangla . Saya xtahu pegi mana dah upline2 yg janjikan bulan dan bintang . bila sy tanya kawan sy pun (upline sy) dia cakap dia pun menyesal . hutang dia dlm 10k . sy 3k . sebab bila once dah masuk rjb holdings ni kita akan seterusnya berhutang . Memang makin bertimbun . pastu si azhar ceo rjb holdings ni cakap semua org berhutang yg penting jangan malu berhutang . lepasni kita akan sama2 kaya . Kwn sy sorg lagi pulak, dh siap bank in semua , tup2 sama kes macam sy , nama xde dlm sistem sampaila sekarang . Alhamdulillah td sy dh buat report dkt kpdnkk . semoga pihak tuan dapat membantu kami . kenapa dorg nak sasarkan budak ipt mcm ktorg ? dah xde org lain ke ? mmg sekarang ni serabut fikir hutang org xbayar lg . semoga kami dapat menuntut keadilan dan duit dikembalikan .”






EmoticonEmoticon