Tuesday, 27 September 2016

Krisis Air Selangor : Noh Omar Edar Air Percuma Untuk rakyat Selangor


Pemimpin pembangkang menggesa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar tidak mempolitikkan masalah air di Selagor.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin berkat Noh lebih berminat pada manfaat politik dengan menghentam Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Yeo berkata tugas memantau kualiti air bukan semata-mata kerja Lembaga Urus Air Selangor (Luas) tetapi juga agensi kerajaan pusat, Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Beliau berkata tugas utama kini mengenal pasti sumber pencemaran air yang berlaku.

“Selepas itu, kedua-dua kerajaan (pusat dan negeri) harus pastikan dalang utama didakwa di mahkamah dan mendapat hukuman paling keras yang mungkin seperti diperuntukkan undang-undang berkaitan,” katanya.

Berhubung penutupan loji rawatan air di Semenyih akibat pencemaran sungai, Yeo berkata ia satu-satunya punca gangguan bekalan berpandangan.

Noh ketika mengagihkan bantuan air mineral kepada penduduk mengalami masalah bekalan di Semenyih menempelak Azmin yang didakwa sibuk berpolitik dan tidak memikirkan masalah rakyat.

Difahamkan sejak empat hari lalu, lebih 330,000 akaun pengguna SYABAS yang melibatkan hampir 1.5 juta rakyat mengalami gangguan bekalan air.

Noh menggesa kerajaan negeri mengkaji segala punca yang mengakibatkan gangguan bekalan air ini dan tidak hanya membuat kajian pilihan raya.

Katanya, kerajaan negeri tidak harus menyalahkan mana-mana pihak lagi, seperti SYABAS memandangkan pengurusan air negeri telah diambil alih.

Politik murah, kata exco

Sementara itu exco pelancongan dan alam sekitar Selangor Elizabeth Wong berkata kerajaan negeri tidak ingin membuang masa dengan “politik murah oleh orang yang berniat tidak baik”.

Katanya, Selangor kini hanya mahu menumpukan terhadap pemulihan penuh bekalan air dan mengenal pasti serta mendakwa pesalah yang terlibat.

“Air Selangor, LUAS dan JAS telah bertindak ke atas isu ini sejak ia dikesan dan berjaya mengoperasi loji rawatan air sepenuhnya sejak petang Sabtu.

“Segala pujian kepada agensi-agensi ini atas pencapaian ini,” katanya.

Wong berkata pencemaran bau di Sungai Semenyih yang mengakibatkan henti tugas sementara loji rawatan air Semenyih sebanyak tiga kali dalam tempoh 48 jam, telah mula beroperasi sejak 2:30 petang, 24 September lalu.

Katanya, sepanjang tempoh 50 jam, tiada pencemaran bau dikesan sejak loji rawatan air beroperasi semula.

Sehingga 5 petang semalam, katanya lagi, bekalan air telah pulih di hampir semua kawasan yang terlibat.


Ulasan

mangkuk hayun umno kemaruk nak jadi mb selangor wakil logo kati..najib
mangkuk hayun umno noh omar mengambil kesempatan atas kesulitan bekalan air buat sementara waktu kerana loji semeyih ditutup untuk pembersihan ...akibat pencemaran air sungai..
mangkuk ini bawa air mineral dan panggil wartawan tv 3 suku ambil gambar dia sedang bahagi2 air mineral water..noh.... air mineral water ni nak bagi tau nak cuci jubo pun tak cukup.
.
lakunan nuh tak menjadi semua rakyat selangor ketawa terbahak2 ......noh mangkuk persalahkan mb selagor keseluruhan kerja mb akibat gangguan air ini..lakunan edar air mineral cuis......
kemaruk nak rampas selangor gangguan ini nuh persalahkan semua kerja2 besar yang dibuat olih mb azmin..
nak bagi tau umno jangan mimpi lah untuk rampas selangor...
jadilah pembangkang selama nya dalam dewan ..kerana umno tak diterima langsung olih rakyat selangor sekarang..
lakunan bodo noh udang seorang pemipin umno kemaruk ..semua orang gelak

kalu ya pun nak edar air meniral bagi upah mamat umno yang tak ada kerja tu edar ni menteri chap ayam edar sendiri air mineral bangang punya melayu umno ..kunu hebat lah dengan air mineral tu...cuis..

kamu tau dak 70 lori beroperasi tak sempat jugak .nuh pi cari kawasan ini lah ..kawsan sejam lewat smpai dari jadual...nak jadi jaguh edar air mineral panggil tv 3suku ambil gambar dan masuk bulitin...mb selangor abaikan publisiti noh ..


EmoticonEmoticon