Saturday, 24 September 2016

Kerajaan Tidak paksa Rakyat Bayar GST, Kalau Tak Nak Bayar GST Beli Barang Yang Tiada GST - UMNO

KERAJAAN TIDAK PAKSA RAKYAT BAYAR GST ... KALAU TAK NAK BAYAR GST BELI BARANG YANG TAKDA GST KATA AHLI PARLIMEN UMNO BAGAN SERAI.


Hari ini  Ahli-ahli Parlimen terkejut bila seorang Ahli Parlimen UMNO dari Bagan Serai YB Dr Noor Azmi b Gazali dengan yakinnya mengumumkan "kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST".

"Tak nak bayar GST, beli barang tiada GST" katanya. Apakah esok dan hari-hari seterusnya para pengguna telefon prabayar yang tidak mau bayar GST sebab tiada paksaan dari kerajaan tidak perlu beli top up???? Apa punya senteng dan sengkek pemikiran seorang pemimpin bergelar Ahli Parlimen .. dulu ahli parlimen UMNO Langkawi kata siapa yang enggan bayar GST boleh duduk dibulan. Inilah kualiti para pemimpin yang berstatus wakil rakyat yang dipanggil Yang Berhormat dari kelompok UMNO/BN.


EmoticonEmoticon