Friday, 16 September 2016

Haron Din meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah meninggal dunia di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.10 waktu Malaysia pagi ini.

Perkembangan terbaru itu disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Nasruddin Hassan menerusi laman Facebook beliau sebentar tadi.

Allah lebih menyayangi beliau, Innalillah waiina ilaihi rajiun, Alam ini menjadi sayu lagi, tiada kata yang mampu di ucap, tiada kalimah yang mampu di baitkan lagi, kembalilah Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Harun Din di pagi Jumaat ini, saat jam 10:10 minit pagi tadi.. Saya masih ingat senyuman yang terukir indah, saat saya bercerita tentang umur insan ini.. "nyawa kita ini dalam gengamanNya.. doalah saya,"tuturnya dengan lafaz yang sayu.. moga Allah merahmati dan di letakkan beliau dikalangan hambaNya yang sholeh.. Innalillah..


EmoticonEmoticon