Friday, 30 September 2016

Dr. mahathir Punca Melayu Berpecah - Najib Razak


Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perpaduan Islam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Seorang pemimpin Islam sebenarnya mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat. Saya sangat berpegang kepada prinsip ini kerana ia merupakan seruan di dalam kitab suci Al-Quran.
Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.” Surah Al Imran, Ayat 105.

Jelas di sini bahawa kita sebagai umat Islam adalah bersaudara. Kerana itu, saya cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.
Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan. Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan.

Kini, selepas beliau bersara, beliau pecahkan lagi kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baru. Tabiat beliau ini, suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.

Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara. Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai.

Ramai yang pernah menjadi mangsa beliau dahulu dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.
Saya dengan
penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya.
Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


EmoticonEmoticon