Thursday, 29 September 2016

Dana TTB Bantuan Persekolahan 2017 Di Buka 5 Oktober ini


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

PERMOHONAN secara online bagi DANA BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2017 TTB akan dibuka bermula pada 5hb Oktober 2016 sehingga 20hb Oktober 2016.

Permohonan boleh dibuat di laman sesawang seperti di bawah

KLIK DISINI UNTUK MEMOHON : http://danattb.terengganu.gov.my/

SYARAT - SYARAT BAGI PERMOHONAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH

1. Pemohon Suami/Isteri merupakan rakyat negeri Terengganu dan merupakan pengundi berdaftar dalam negeri Terengganu.

2. Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) tidak melebihi RM 2000.00 sebulan.

3. Permohonan adalah terhad kepada dua (2) orang tanggungan yang masih bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2017 dan berumur 7 tahun hingga 17 tahun sahaja.

Borang permohonan yang telah diisi secara online hendaklah dicetak dan disertakan bersama salinan dokumen Kad Pengenalan dan Slip Gaji kemudian diserahkan kepada Pengerusi JKKK untuk pengesahan.

Sekian, Terima kasih.

Transformasi Terengganu Baharu


EmoticonEmoticon