Tindakan sudah diambil pada 1MDB, kes tutup - Bank Negara



Bank Negara tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB susulan dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bahawa lebih AS$3.5 juga wang telah “dicuri “ daripada syarikat itu.

Gabenornya Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank pusat sudah mengambil tindakan yang perlu terhadap 1MDB.

“Kita sudah selesaikan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan maklumat dan kertas siasatan.

“Kita sudah kenakan denda kepada syarikat itu, kita sudah ambil semua tindakan yang diamanahkan ke atas kita oleh undang-undang dan kita sudah tutup siasatan itu,” kata Muhammad dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata Bank Negara akan bekerjasama dengan badan siasatan lain yang meneliti dakwaan-dakwaan terhadap 1MDB.

0 Response to "Tindakan sudah diambil pada 1MDB, kes tutup - Bank Negara"

Post a Comment