Tikar Tidak Beracun Dikatakan Beracun


[Panah Beracun.....Ramli Sarip]
LB banyak minat lagu Ramli Sarip tapi tidak apa, ini hari kita cerita fasal ini 'Tikar Beracun' seperti tajuk muka hadapan Harian Metro ini.]

1. Pernah tengok itu tanda label 'MC' pada mainan? Tahu MC itu apa? Ianya bermaksud Malaysian Conformity. Produk-produk mainan yang ada tanda MC ini dikatakan mematuhi standard keselematan mainan yang ditetapkan dalam undang-undang.

2. Mainan kanak-kanak didefinisikan di dalam Peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan Bagi Mainan) 2009 sebagai mana-mana barang yang direkabentuk atau dimaksudkan bagi kegunaan permainan oleh kanak-kanak berumur kurang dari 14 tahun tetapi tidak termasuk barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

3. Adakah 'tikar permainan' atau 'playmat' ini termasuk dalam kategori mainan? Mungkin tidak. Kemungkinan besar ianya termasuk di dalam Jadual Kedua berkaitan Barang yang Tidak Dianggap sebagai Mainan. Mungkinkan ianya merupakan suatu kelengkapan rumah atau barang berkhemah atau perabot?

4. Justeru itu ianya mungkin tidak dikenakan penguatkuasaan undang-undang yang dinyatakan tersebut.

5. Tapi tidak apa, kita lihat pula dari segi saintifik. Ehemm. LB pun mengaji sains OK. Tiada percaya boleh tanya admin lain. Tikar mainan merupakan salah satu produk yang digunakan di rumah. Mungkin spesifik kepada kanak-kanak. Tapi jangan lupa masih ada beribu-ribu produk lain yang digunakan di rumah untuk kanak-kanak dan bayi. Justeru itu, kesan 'Tikar Beracun' kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak haruslah dikaji lebih teliti. Sebab bukan tikar tersebut sahaja yang digunakan dalam kehidupan seseorang bayi dan kanak-kanak.

6. Potential exposures bahan kimia berbahaya yang dikatakan mungkin melalui penyerapan kulit (dermal absorption), dimakan atau ditelan (ingestion) ataupun melalui pernafasan (inhalation). Tapi kena tengok juga exposure time. Berapa lama you biar you punya baby bergolek di tikar itu? Bila sudah tumbuh gigi, adakah dia tokak (gigit) itu tikar dan makan?

7. US pun masih buat kajian lagi berkaitan produk seperti ini. Tapi tidaklah tepat kepada playmat, kajian ini kepada padang sukan dan getah di playground. Belum siap lagi pun. Katanya pada 2017 baru hendak release itu initial report. Tajuk kajian itu ialah Synthetic Turf/Crumb Rubber Research di bawah National Toxicology Program, di bawah seliaan Office of Health Assessment and Translation, National Institute of Environmental Health Sciences.

8. Anda juga kena tengok itu tikar dibuat daripada apa? Getah kah? PVC kah? EVA kah? Lain-lain kah?

9. Terpulang kepada anda untuk membuat sebarang keputusan, tikar tersebut bukan satu-satunya produk yang berada sebilang masa dengan bayi dan anak anda. Bukan itu sahaja 'bahan kimia' yang ada exposure kepada mereka. Jangan terlalu risau atau paranoia.


0 Response to "Tikar Tidak Beracun Dikatakan Beracun"

Post a Comment