Thursday, 25 August 2016

Kes Liwat Anak Ustaz Popular : Ibu Mangsa Luah Perasaan

Kes peliwat pedo anak ustaz popular..
Ini ada respon2 netizens. Macam kes Surani Sujor. Report ke Jabatan Agama Shah Alam pun tak boleh apa.
Mareeya Bella bersyukur tak jadi hantar anak ke Maahad Tahfiz DUKE.
Diya Fieyza berkongsi pengalaman yg dilalui anaknya.
Spatula Bowl bagitau benda yang sama juga pernah berlaku 15 tahun yang lepas.
Tindakan kita?
Tingkatkan kesedaran. Desak satu undang2 yang tegas bagi membendung gejala ini. SOP standard atas semua Pusat Tahfiz swasta. Kerajaan perlu pantau secara berkala dan tetap. Pemantau mesti bertukar2 dan mesti dari kalangan wanita sebab wanita susah tolerate benda2 begini.


Kanak-kanak dipaksa melakukan aktiviti seks luar tabie bukan baru. Mangsa yang masih lagi kanak-kanak selalunya dalam keadaan lemah dan keliru kerana penggoda adalah watak yang cukup dihormati sama ada keluarga atau saudara sendiri, guru, tokoh setempat yang disegani atau seseorang yang dia minati.
Jujur, waktu aku baru sampai Kuala Lumpur dalam usia 18 tahun, Aku mengalami 'fobia' keluar seorang diri atau pertama kali berkenalan dengan seorang lelaki perkara pertama dalam fikiran aku akan mengesyaki kenalan baru aku itu gemar aktiviti luar tabie. Aku akan skeptik dengan pandangan mata mereka. Ini kerana aku pernah diganggu seorang lelaki yang tinggal di perumahan yang sama sewaktu kami duduk bersebelahan di dalam bas. Setiap pagi hendak pergi kerja, dia akan menunggu aku sampai di perhentian bas dan menaiki bas yang sama. Dia mencuba duduk bersebelahan dengan.aku. Dalam bas dia akan berbual dengan aku sambil meraba. Aku waktu itu hanya mampu menutup kawasan yang sensitif supaya tidak sampai ke situ. Aku keliru, tak tahu nak marah dan diam memendam rasa benci. Aksi lentok bercakap dengan nada manja sangat menjijikkan. Perasaan ini sangat menghantui.
Cuma ketika aku dah 20 tahun aku dah mula berani apabila seorang lelaki dalam lingkungan 40an, di Bentong ajak aku menonton wayang. Aku pun ikut entah kenapa. Dia beli dua tiket kelas khas dan di dalam panggung tingkat atas tayangan tengah hari kerusinya kosong. Kami saja ada. Cerita Stephen Chow Sing Chi. Dalam panggung dia cuba meraba aku. Aku sound dia (walhal aku masih takut-takut), "Kalau nak kepala ke bawah, kaki ke atas cubalah!" . Dia terus tak sentuh aku dan diam. 
Kesan trauma memang ada dulu. Kuat. Itupun aku dah remaja. Bayangkan kanak-kanak yang masih tak terdedah dengan kehidupan.

Jangan rosakkan kanak-kanak!






Isu sekolah Tahfiz ni bukan isu baru. Lama dah masyarakat tahu, sebahagian besar sistem pendidikan alternatif seperti ini bermasalah.

Bukan sekadar bermasalah, ia sebenarnya menyumbang kepada masalah moral.

10 tahun lalu semasa masih mengaji di maktab perguruan, aku aktif ikut program Summer Camp kendalian seorang tokoh ni di Ulu Langat sebagai fasilitator.

Program Summer Camp ni mahal, anak bayar lebih kurang RM150 untuk program 3 hari masa cuti sekolah. Jadi macam biasa anak orang kaya saja-lah yang masuk. Ada juga program 7 hari bayaran kurang lebih RM450 kot.

Cuma di sini selama beberapa tahun aku belajar menganalisa apakah masalah anak-anak ni sampai mak bapa mereka terpaksa hantar ke program pemulihan macam Summer Camp ni. Dan dari sini aku berjaya buat beberapa pemerhatian;

1. Anak orang kaya = anak bermasalah sosial di sekolah
2. Anak ini bermasalah kerana kurang perhatian ibu bapa (sibuk cari wang)
3. Untuk membendung masalah ini, mereka dihantar masuk ke sekolah tahfiz
4. Sekolah tahfiz = lambakan/pusat longgokan anak bermasalah sosial
5. Di sekolah tahfiz, walau dipaksa menghafal Quran tetapi oleh kerana ada latar belakang bermasalah dan dorongan rakan sebaya (yang juga bermasalah), mereka cenderung bina masalah yang lebih besar
6. Masalah lebih besar = liwat/gangguan seksual/zina
7. Isu gangguan seksual di sekolah tahfiz sebenarnya adalah isu normal. Siapa ada latar belakang/pernah hantar anak/pernah jadi guru tahu dan sedar dengan situasi ini

Jadi teori ibu bapa kaya untuk hantar anak mereka dipulihkan di sekolah-sekolah tahfiz ni sebenarnya teori dalam mimpi je. Tak mungkin anak dapat dipulihkan jika dilonggokkan bersama dengan anak bermasalah yang lain.

Jadi kita kena semak semula, adakah benar ibu bapa hantar anak untuk jadi Hafiz/Hafizah, atau sekadar mahu menyelesaikan masalah moral anak-anak yang sepatutnya diselesaikan oleh kemahiran ibu bapa di rumah?

Dan adakah pusat tahfiz benar-benar serius mahu lahirkan Hafiz/Hafizah, atau sekadar mahu bisnes jual Quran jual agama?

Dan soalan yang lebih serius; ke mana-kah hala tuju Hafiz/Hafizah ini di dalam masyarakat? Dalam ekonomi, dalam pendidikan? Dalam politik? Dalam pembentukan masyarakat, melawan rasuah serta membina bangsa negara?

Fetish tahfiz ni sebenarnya barah dalam masyarakat. Hafiz/Hafizah sepatutnya menyelesaikan masalah moral. Bukan jadi pusat membiaknya masalah moral dalam masyarakat.









#PusatTahfizAtauPusatSeks

#HapuskanGejalaLucah
#PatutlahGayMakinRamai
#PedophiliaHarusDihukum


EmoticonEmoticon

Whos