Tuesday, 23 August 2016

Kerajaan Selangor Akan Beri Azizul Basikal Baru

Untuk Sebaran Segera


1. Tahniah Atas Kemenangan Pingat Buat Kontinjen Malaysia Di Rio.
Saya gembira menerima berita atlit-atlit negara memenangi 4 perak & 1 gangsa di temasya sukan Olimpik ke-31 di Rio De Janeiro. Tahniah diucapkan kepada semua!
Kepada pasangan terjun 10m Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong, pelumba basikal acara keirin Azizulhasni Awang, pemain badminton beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dan pemain perseorangan Dato' Lee Chong Wei, anda semua adalah hero Malaysia dan kita cukup bangga dengan anda semua.
Khusus buat Azizulhasni, anak Dungun yang telah mengatasi segala kekurangan dengan cekal & tabah untuk merangkul pingat gangsa bagi lumba basikal acara keirin. Saya harap saudara akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu & menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain.
Saya juga cadangkan kerajaan negeri Selangor memberi basikal yang terbaik kepada PocketRocketMan (Azizul) supaya beliau boleh terus mengharumkan nama negara & mencapai kejayaan lebih cemerlang.
Para atlit negara telah membuktikan bahawa dengan usaha dan cita-cita, kita mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.


YSD ‘payung’ Azizulhasni RM100,000

Pencapaian pakar keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang di pentas Olimpik Rio dengan pingat gangsa memberi tuah buatnya apabila Sime Darby Foundation (YSD) memberi ganjaran RM100,000.

Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam berkata usaha keras ‘The Rocket Pocket Man’ itu mendapatkan pingat Olimpik pertama bagi Malaysia dalam acara keirin layak dihargai.

“Anda berusaha memberi terbaik dan berbangga dengan pencapaian anda.



“Seluruh negara bergembira bersama anda. Tidak lupa juga kepada jurulatih John Beasley dan seluruh pasukan kerana kegigihan anda semua, ia membuahkan hasil dan anda membuat Malaysia berasa bangga,” katanya dalam kenyataan.

Azizulhasni ialah ahli program YSD Track Cycling Team ‘Road to London Olympics 2012’ dibiayai YSD dengan tajaan berjumlah RM2 juta bagi tempoh 2009 hingga 2012.

YSD menyambung sumbangannya dengan tajaan berjumlah RM2.85 juta untuk Azizulhasni dan Fatehah Mustapa melalui program ‘Road to Rio’.

13912310_10153846984771705_7574323187162673260_nAzizulhasni, 28 mempunyai prospek memenang emas, bagaimanapun anak jati Terengganu itu sekadar meraih pingat gangsa dalam cubaan kali ketiganya setelah gagal melayakkan diri ke pusingan akhir pada Olimpik Beijing 2008 dan menduduki tempat keenam pada Olimpik London 2012.

Disebalik kemenangan itu, Azizulhasni pada semalam mengingatkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan pihak berkaitan untuk membuka mata dengan kejayaannya itu.

Menerusi laman Facebooknya, Azizulhasni mendakwa Ahmad Razif tidak berkenan membantu beliau dan rakannya dan Fatehah (dua anak jati Terengganu) yang berjuang di peringkat Dunia.

“Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami dalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio,” katanya.

Kenyataan AzizulHasni itu bukan sahaja menarik perhatian media dan netizen di laman sosial malah mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.



EmoticonEmoticon

Whos