Friday, 12 August 2016

Didakwa penyebab kematian menantu TPM



Kuala Lumpur: Seorang doktor sakit puan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi iaitu menantu Timbalan Perdana Menteri, Jun lalu.

Ting Teck Chin, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Zainal L Saleh.

Mengikut pertuduhan, Ting didakwa menyebabkan kematian Syed Alman Zain, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatannya mungkin menyebabkan kematian mangsa di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Jalan Telawi, Bangsar Baru, antara jam 6 petang hingga 9.05 malam, 1 Jun lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes.


EmoticonEmoticon