Saturday, 27 August 2016

Bagaimana Menghentikan Perkongsian Nombor Telefon WhatsApp Dengan Facebook?


WhatsApp semalam telah mengumumkan yang mana mereka akan mula berkongsi data seperti nombor telefon dengan Facebook bagi membolehkan Facebook mencadangkan rakan-rakan dengan lebih baik, disamping mengoptimasikan paparan iklan kepada pengguna.

Perkara ini semestinya tidak diminati oleh ramai pengguna seluruh dunia, dan seperti biasa, pilihan disediakan oleh WhatsApp supaya pengguna tidak berkongsi nombor telefon atau sebarang data kepada Facebook.

WhatsApp FB

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, anda akan dipaparkan dengan paparan notifikasi baru berkenaan perubahan pada polisi privasi mereka. Ketika ia dipaparkan, pengguna boleh tap pada bahagian bawah sekali untuk membaca dengan lebih lanjut, dan seterusnya pada pilihan perkongsian data dan informasi WhatsApp bersama Facebook, nyah-tanda kotak berkenaan.

Sekiranya anda secara tidak sengaja telah menandakan untuk berkongsi, anda masih boleh mengubahnya kembali dengan ke laman Settings > Account. Padanya anda boleh nyah-tanda pada kotak Share My Account Info. Kami masih belum melihat pilihan ini, dan ia mungkin diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna.


EmoticonEmoticon