Thursday, 11 August 2016

Bagaimana Cara Neelofa Potong Giliran Haji Walaupun Hanya Baru daftar Sebulan

BAGAIMANA NEALOFA POTONG GILIRAN PERGI HAJI?


Hari ini heboh pasal cerita Nealofa katanya hanya mengambil masa sebulan saja mendaftar untuk mendapat giliran awal ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji sedangkan jemaah haji lain memerlukan masa antara 50 hingga 80 tahun untuk tiba giliran menunaikan haji.

Sebenarnya perkara ini tidaklah pelik dan ianya bukan perkara baru berlaku dalam apa saja yang bersangkutan dengan menanti giliran.

Memotong giliran ini dari sekecil kecil perkara seperti beratur untuk makan nasi kandar hinggalah sebesar besar perkara seperti menanti untuk menjadi Sultan pun tetap akan berlaku jika orang tersebut mempunyai duit dan nama(pengaruh)

Misalnya saya cuma perlu sebut nama orang tertentu saja untuk tidak perlu beratur panjang di Nasi Kandar Deen Jelutong sedangkan orang lain terpaksa beratur panjang menanti giliran untuk mendapatkan nasi.

Berbalik kepada isu Nealofa dan keluarganya dapat memotong berjuta juta jemaah haji untuk pergi ke Mekah ianya juga seperti memotong barisan orang yang beratur hendak makan nasi kandar iaitu menggunakan orang yang berpengaruh di dalam Pengurusan Kerajaan sama ada di Tabung Haji mahupun apa saja yang berkaitan dengan pengurusan Haji.

Jika tidak mempunyai nama atau pengaruh anda usah risau kerana ada satu perkara lagi yang boleh membuat anda memotong barisan sebagai mana Nealofa buat iaitu anda perlu ada duit yang banyak.

Kerajaan Arab Saudi memberi kouta kepada Malaysia sebanyak 25ribu jemaah saja setiap tahun dan pihak Tabung Haji pula telah mengambil beberapa unit dari kouta tersebut untuk di berikan kepada VIP seperti Sultan dan keluarganya, pemimpin pemimpin kerajaan negeri dan pusat, orang orang politik, kakitangan tabung haji dan lain lain.

Maka daripada kouta yang telah di simpan inilah ianya akan di jual dengan harga puluhan ribu ringgit kepada sesiapa yang hendak cepat pergi ke haji tanpa menunggu giliran mereka yang sebenar.

Ajen ajen haji yang terdiri dari ostad ostad dan lebai lebai akan buat duit daripada orang orang yang berduit ini dengan menawarkan kouta kouta haji yang telah di sediakan untuk VIP ini.

Inilah caranya Nealofa boleh cepat pergi haji walaupun hanya mengambil masa sebulan sahaja dari tarikh pendaftaran.

Ada duit ada burit sila pergi dulu..

Namun Begitu Berita Terbaru : 

Rayuan ditolak. Tabung Haji tidak lulus Neelofa tunai haji


EmoticonEmoticon