Friday, 3 June 2016

RUU Mahkamah Syariah tidak Islamik - Tun M


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Aizuddin Saad KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendirian bahawa Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 adalah tidak Islamik. 

"Apa yang mereka usulkan adalah tidak Islamik. Islam menekankan keadilan dan mereka cuba lakukan sesuatu yang tidak adil," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap RUU berkenaan yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, 26 Mei lalu.


EmoticonEmoticon