Wednesday, 8 June 2016

'Bukan Rakyat Yang Bayar Gaji Saya'


KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang mengatakan bahawa gajinya bukan dibayar oleh rakyat tetapi dari kerajaan, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

"Gaji wakil rakyat bukan rakyat yang bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukanlah duit rakyat.

"Sekali duit terlepas ke pihak lain, ianya bukan lagi duit kita. Kalau duit kerajaan (adalah) duit rakyat, maka marilah kita beramai-ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita," katanya melalui laman Facebook rasminya. 

Difahamkan, Nawawi berkata demikian dalam perdebatannya mengenai cukai dengan segelintir netizen yang mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat. 

Ekoran itu, komen 'panas' Ahli Parlimen Langkawi itu telah tersebar meluas di media sosial. 

Di media sosial, netizen menyifatkan kenyataan Nawawi itu lupa diri dan terlalu mendabik dada apabila sudah menjadi wakil rakyat. 

Enggan beralah, Nawawi tampil menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataan itu meskipun telah dinasihatkan oleh rakannya. 

"Nak tarik buat apa? Kerana bukan saya yang buat komen untuk semua rakyat. Saya hanya komen berhujah dengan seorang rakan Facebook. 

"Yang mereka jahat pergi copy and paste pergaduhan kami berdua untuk sebaran umum tanpa kelulusan itu buat apa? Mereka yang sepatutnya tarik balik kenyataan itu dari media," tegasnya. 

Sebenarnya

MP nie bukan kisah pun apa dia nak cakap, main bedal je asal boleh... rakyat@pengguna mengadu masalah secara direct di FACEBOOK pun tidak di berikan jawapan, tapi boleh pulak upload selfie dengan vvip dan status caption yang hebat bukan main (kemudian jika nak mudah bg je jawapan kita ada Bilik Gerakan Aduan, sila hubungi di talian untuk keterangan lanjut)..
..sedangkan jika beri sedikit komen pasti rakyat akan faham, andainya JAWAPAN itu RELEVAN dan DIFIKIRKAN LOGIK.. sbg contoh : - PENGGUNA : Mengapa air-cond kereta saya kurang sejuk..?. MEKANIK : - Mungkin motor air-cond rosak atau gas habis ataupun pully belting rosak.. tetapi, namun, mestilah, walaubagaimanapun, semestinya, pastinya, sudah tentulah...
... pengguna@rakyat akan marah JIKA JAWAPAN diberikan ke laut..sbg contoh : - BOSS PEKERJA ASING : Selama tiga(3) tahun kamu bekerja dengan saya dan tidak pernah pulang ke kampung halaman, hari ini lepas kamu menerima dan baca surat, Mengapa kamu gembira sekali..? PEKERJA ASING : - Sayya banyak suka, saya isteri sudah pregnant empat bulan...! Saya akan ada baby..saya manyak suka..!
MEMANG BENAR....! "...BUKAN RAKYAT BAYAR GAJI MP, TETAPI...RAKYAT YANG PILIH SEHINGGA DAPAT DUDUK KERUSI MP..."
HIDUP KITA DALAM PUSINGAN RODA..! kalau rakyat tak pilih, takkan dapat duduk kerusi mp dan gaji serta jawatan-jawatan lain nya...
Ye laaa aku tau aku ni tidaklah sampai Master atau PHD, yang layak jadi pengerusi, tetapi jika punya sensitiviti, sepatutnya boleh fikir...:- "Siapalah aku hari ini....kalau rakyat tak pilih aku..semasa pilihanraya lalu..?, syukur Alhamdulillah, kerana rakyat aku duduk di kerusi ini, dan kerana rakyat dapat gaji sebegini dari kerajaan, juga kerana rakyatlah aku dilantik jawatan pengerusi.."


EmoticonEmoticon