Friday, 3 June 2016

Pencipta Topeng Muka Badut Akan Di Dakwa Dimahkamah Isnin Ini

Geng, aku baru terima dua surat cinta ‪#‎AktaSakitHati‬.

Kerajaan buat keputusan untuk heret aku ke mahkamah kerana satu poster muka badut Najib yang aku post di Facebook, dan satu lagi poster muka badut Najib yang aku post di Instagram.
Aku dipaksa untuk hadirkan diri ke Mahkamah Jalan Duta pada hari Isnin, dan Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari Jumaat untuk menjawab kedua-dua pertuduhan bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia a.k.a. #AktaSakitHati.
Jika aku didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan, aku berhadapan dengan hukuman penjara dua tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
Sekali lagi pemerintah negara kita menggunakan undang-undang sebagai senjata untuk mengintimidasi dan menakut-nakutkan warganya yang berani bersuara mengkritik korupsi penguasa.
Terima kasih atas surat cinta ini. Kamu boleh tarik aku ke mahkamah tapi kamu tak boleh tarik semangat aku untuk terus melawan korupsi penguasa, dengan seni sebagai senjata.
Kerana dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut.
‪#‎KitaSemuaPenghasut‬


EmoticonEmoticon

Whos