Monday, 20 June 2016

Kakitangan Awam Selangor Terima 3 Berita Baik, Bonus Sebulan Setengah Gaji, Gaji Naik 2 Kali Tahun Ini Dan..


Tiga Berita Baik Untuk Anggota Perkhidmatan Awam Selangor




Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sebentar tadi telah mengumumkan berita tiga baik yang pasti mengembirakan kakitangan kerajaan negeri berkenaan.

Azmin menyatakan selaras dengan tema 'Membangun Smart Selangor Yang Peduli', kakitangan kerajaan akan menikmati bonus hari raya sebanyak sebulan setengah gaji yang akan di bayar pada 1 julai ini di mana ia akan dinikmati oleh 17,528 orang.


Selain bonus, kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menikmati  kenaikan gaji sebanyak dua kali pada tahun ini di mana kenaikan pertama bermula Julai ini.

Berita baik yang ketiga pula ialah bagi kakitangan Gred 41 ke bawah, mereka akan menikmati kenaikan elaun perumahan daripada RM180 kepada RM300 sebulan.

Menteri Besar mengumumkan berita baik itu di Dewan Jubli Perak, SUK, Selangor sempena Majlis Rapat Ramadhan bersama perkhidmatan awam negeri Selangor.


Ini kerana menurut beliau, sehingga 16 Jun 2016, rezab simpanan kewangan kerajaan Negeri Selangor adalah RM 4 Bilion.


Selaras dengan tema 'Membangun Smart Selangor Yang Peduli', Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pagi ini mengumumkan 3 berita baik berikut dalam himpunan bulanan kakitangan awam di SUK:

1. Bonus Hari Raya sebanyak 1.5 bulan gaji yang akan dibayar pada 1 Julai.


2. Kenaikan gaji sebanyak 2 kali pada tahun ini dengan kenaikan pertama pada Julai ini.


3. Kenaikan elaun perumahan untuk kakitangan Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300 sebulan.



EmoticonEmoticon

Whos