Thursday, 19 May 2016

YB PAS dan YB UMNO Bertekak : Orang Kampung Jadi Mangsa Punca Rumah Bantuan Tak Siap

Ini adalah antara puluhan aduan yang kami terima setiap hari.
Entahlah ...
Tak nak tolong rasa bersalah sangat.
Pengadu ini bekas peserta program saya 
Pelajar saya ...
Sama bangsa sama agama
Rasa bersalah pada Allah 
Rasa bersalah pada agama
Rasa bersalah pada negara
Tapi sebelum ni bila di tolong seringkali kita di maki hamun, di sekat, di ugut, di kata memalukan kampung, di kata memalukan orang politik dsbg.
Saya dan sukarelawan ni tak pernah cari salah sesiapa...
Perbualan kami dengan asnaf sentiasa cuba meredakan kemarahan mereka
Kami cuba memberikan mereka pengharapan dan semangat untuk terus melangkah ...
Tidak ada satu perkataanpun kami berbicara dengan orang miskin menghasut mereka benci pada orang politik ... Orang politik tu yang seringkali menfitnah saya kata saya yang bukan2 menghasut gangster politik agar memberi ancaman kepada saya dan sukarelawan, menimbulkan kecoh dan sbg.
Saya dan sukarelawan hanya nak ajak kita ramai-ramai masuk syurga dengan merebut pahala dan saham akhirat masing-masing.
Jika tak boleh nak tolong bagilah orang ramai tolong
Sudah setahun setengah nak masuk 2 tahun dah ni
Aurat macm mana?
Anak2 nak belajar macam mana
Keperluan seksual macam mana
Penyakit berjangkit macam mana ...
Jenayah macam mana
Kalau masih tinggal dalam rumah kotak
Dah lah cuaca exream betul sekarang ni ...
Kepada YB2 dan ketua kampung di luar sana 
Maafkanlah saya dan sukarelawan
Berilah kami peluang utk buat pahala dengan sama2 membantu meringankan beban kerajaan membina rumah2 asnaf ini ... dah kalian tak nak buat biar kami buat sikit sorang ...
Kami juga nak jadi rakyat yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Siapa yang jahat, siapa petualang negara, siapa yang sebenarnya yang membela nasib rakyat tak tahulahhh frown emoticon
Wallahu'alam ...






EmoticonEmoticon