Saturday, 14 May 2016

Yang cerdik seperti saya ini cukup kurang, kata Nazri


Menteri Kebudayaan dan Pelancongan , Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi berkata beliau tidak ada masalah untuk bertumbuk dengan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata biarlah ia berlangsung secara profesional.

"Bila kita kata saya tak ada masalah nak bertumbuk maksud saya kita lawanlah. Tapi intelek Melayu ini rendah, inilah masalah dia yang cerdik seperti saya ini cukup kurang," kata Nazri dalam sidang media selepas membuat lawatan rasmi ke Pasar Seni hari ini.


EmoticonEmoticon