Thursday, 12 May 2016

[Video] Doktor Haiwan Maut Selepas Dipijak Gajah Ketika Selfie


Antara gambar selfie Octavia yang dimuat di laman sosial.
Seorang doktor haiwan wanita maut selepas diserang seekor gajah jantan di sebuah pusat perlindungan Gajah Mungkur, Solo.

Berdasarkan laporan Harian Metro, seorang pegawai pelancongan Wonogiri, Senthot Sujawwoko berkata, selepas Octavia Warahapsari, 25, dan tiga lagi pengembala gajah memberi makan dan memandikan pasangan gajah itu mereka membawa kedua-dua gajah tersebut bersiar-siar.

Ketika Octavia mahu mengambil gambar selfie bersama gajah jantan tersebut secara tiba-tiba gajah berkenaan melibas Octavia dengan gadingnya menyebabkan wanita itu tercampak sejauh tiga meter. Dia dikatakan bangun dan cuba lari, tetapi terjatuh sebelum gajah berkenaan memijaknya.

Dua ekor gajah itu dilaporkan baru sahaja dipindahkan ke pusat perlindungan tersebut pada April lalu.

Octavia juga dikatakan gemar mengambil gambar selfie dengan gajah yang dirawatnya.


EmoticonEmoticon