Tuesday, 31 May 2016

Tolak RUU Hudud, Tidak Murtad, Sesat Mahupun Menjadi Kafir Kata Penasihat Agama PKR.




Pihak yang menolak usaha PAS meminda Akta 355 tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafik atau sesat, kata seorang ustaz muda PKR Wan Ji Wan Hussin.
Ketua biro agama Pemuda PKR itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membentangkan pindaan sebuah akta dan bukan membentangkan hukum syariah.
Wan Ji juga berkata, gelaran sama tidak boleh diberikan terhadap pihak yang menolak enakmen hudud di Kelantan.
“Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.
“Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah,” kata Wan Ji di laman sosial Facebook beliau.
Beliau berkata, pindaan dibuat pada enakmen itu sebelum ini kerana ia hanya pandangan golongan itu.
“Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

“Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama PAS yang pinda itu lebih murtad.

“Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kecenderungan mengafirkan di Internet oleh pihak yang menolak usaha Hadi itu.
Kerajaan pada minggu lalu mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di parlimen dipercepat.

Hadi bagaimanapun meminta ia ditangguhkan ke sidang depan kerana kesuntukan masa lapor Malaysiakini.
Dan berikut adalah versi asal pendapat Wanji berkenaan isu RUU Hudud yang dibentangkan baru-baru ini di parlimen oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang.
---------------
Kedua :

Isu melibatkan Presiden Pas yang mengusulkan pembentangan pindaan akta 355?

Komen saya adalah seperti berikut;

1. Kalau tidak salah saya, Presiden Pas tidak membentangkan hukum syariah, tetapi mengusulkan untuk keizinan membentangkan pindaan salah satu akta dalam perlembagaan. Justeru, sesiapa yang tidak terima atau tolak usul presiden itu tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafiq dan sesat sepertimana yang berlaku dalam media sosial.

2. Turut tidak boleh dituduh kafir, murtad, sesat dan munafiq, walaupun ada tanggapan mengatakan bahawa pindaan tersebut membolehkan perlaksanaan enakmen hudud Kelantan. Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.

3. Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah. Namun, enakmen hudud Kelantan itu adalah pindaan dari 1993 kepada 2015. Pindaan berlaku pada enakmen kerana ulama-ulama pas sendiri sedar, ia bukan syariah, tetapi pandangan-pandangan mereka. Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

4. Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama Pas yang pinda itu lebih murtad. Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil.

Wallahu 'Alam.


EmoticonEmoticon