Monday, 23 May 2016

Tapak Bazar Ramadhan Akan Dikenakan Caj GST 6%



Permohonan Permit Bazaar Ramadhan adalah untuk peniaga-peniaga yang hendak mengadakan jualan sepanjang Bulan Ramadhan di kawasan yang telah ditetapkan.

Cara Memohon
Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.



Garis Panduan
 Sertakan satu (1) salinan bagi setiap dokumen berikut:

Kad Pengenalan Suami / Isteri  Pemohon.

Kad Pengenalan Pembantu.

Bil Air / Bil Elektrik / Bil Cukai Taksiran Kediaman (Pemohon).

OKU - Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM

Surat Suntikan TY2 Pemohon

Surat Suntikan TY2 Pembantu

Syarat
Pihak majlis hanya menerima borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan sebelum dibuat pendaftaran pemohon.

SYARAT KELAYAKAN​​

Warganegara Malaysia.

Keutamaan kepada penduduk Shah Alam.

Berumur 18 tahun ke atas.

Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu borang permohonan sahaja​​.

Pasangan suami/isteri hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan untuk satu lokasi Bazar Ramadhan sahaja.

SYARAT KESIHATAN

Pemohon telah mendapat suntikan TY2.

Salinan suntikan TY2 hendaklah diserahkan semasa pendaftaran bagi pemohonan tapak tiada undi.

Suntikan TY2 boleh diperolehi di mana-mana klinik swasta atau kerajaan.

SYARAT PEMBANTU            

Pembantu mestilah warganegara Malaysia.

Mendapatkan suntikan TY2.

Salinan suntikan TY2 hendaklah dikemukakan bersama borang permohonan pemohon.

JENIS JUALAN

Makanan dan minuman untuk juadah berbuka puasa sahaja.

Bagi permohonan tapak tiada undi, pemohon adalah dikehendaki membuat bayaran permit semasa pendaftaran.    

Bagi permohonan tapak undi, pemohon akan membuat bayaran selepas cabutan undi diadakan (jika berjaya).

SYARAT MENGHADIRI TAKLIMAT BAZAR RAMADHAN  

Semua pemohon yang Berjaya diwajibkan menghadiri Taklimat Bazar Ramadhan bersama pembantu yang dinamakan.

Permit Bazar Ramadhan akan diberikan kepada peniaga setelah menghadiri program Taklimat Bazar Ramadhan.


EmoticonEmoticon

Whos