Monday, 23 May 2016

Penjelasan Pakar Ekonomi Mengenai Tone Excel, Membuktikan Tone Excel Skim MLM



Ada kawan PM aku. Maklumkan y dia dah bosan diajak join ToneExcel (TE). Dia minta pandangan aku, sbb dia ada terbaca di FB y TE ni ada unsur riba', etc.

Aku katakan, aku bkn ahlinya pasal hukum-hakam ni. Nak beramal sendiri bolehlah, nk ajar org, x layak. Aku hanya boleh komen dari economic sense sahaja.

Secara ringkas, bg aku TE ni hanya marketing gimik yang bertujuan mengabui mata masyarakat kita yang mudah terpedaya bila nampak simbol RM. Orang yang celik akan nampak bahawa 'pendapatan pasif', 'komisen' dsb y ditawarkan itu sebenarnya dtg daripada poket anda sendiri.

TE menggunakan talian Tune Talk (TT). Jadi, kita boleh rumuskan kualiti perkhidmatan, coverage, etc utk kedua-dua talian ini adalah sama, i.e, produk sama yang dibungkus berlainan.

Di bwh plan Tune Talk, anda akan dicaj RM0.16/seminit atau RM0.10/seminit jika panggilan melebihi 3 minit. Anda juga akan dicaj RM0.05/sms, RM0.25/mms dan RM0.05/mb.

Namun di bwh TE, anda akan dicaj RM0.28/seminit, RM0.10/sms dan RM0.10/mb. Basically, anda membayar lebih sebanyak RM0.12/seminit (75%), RM0.05/sms (100%) dan RM0.05/mb (100%) bila menggunakan TE.

Katakanlah secara purata aku membuat panggilan sebanyak 500 minit sebulan. Jika di bwh TT, aku hanya perlu membayar RM80. Namun, di bawah TE, aku perlu membayar RM140. Dah rugi RM60.

Katakanlah juga aku layak utk dapat komisen tier tertinggi TE, i.e. 13%, aku hanya dapat RM18.20. Aku masih rugi RM41.80!!

Betul, aku boleh dapat komisen apabila downline aku mendaftar / topup. Tapi itu hanyalah gimik skim MLM di mana anda memindahkan kerugian/kos anda utk ditanggung downline y sama-sama kurang bijak membeli produk perkhidmatan yang sama pada harga jauh lebih mahal.

Itu belum sentuh bab starter pek yang dijual pada harga RM98.60, sedangkan SIM pek TT dijual pada harga RM30 (ada RM45 topup dan 1.5GB free internet). Komisen RM20 yang dibayar sbg upah referral tu diambil daripada RM68.60 perbezaan harga inilah.

Pendek kata, TE ni jual produk TT dgn harga berlipat-ganda. Dan daripada jutaan ringgit untung atas angin tu, diambil secubit sebagai umpan dlm bentuk komisen utk menarik pelanggan-pelanggan baru dan agen-agen baru.

Jadi, celikkan mata dan abaikan ajakan utk menghabiskan wang ringgit yang kau cari penuh susah itu. Kalau ada kau nampak kawan-kawan kau duk cakap siapa tak join TE ni bodoh, ko explain la kt dia siapa yang bodoh sebenarnya.

p/s: Mana-mana kawan2 y jd agen TE tu jgn terasa lak. Aku tulis ni sbg respon dan penjelasan atas permintaan kawan2 y lain. Ramai y x puas hati hari2 baca status provok mcm2.



EmoticonEmoticon