Wednesday, 25 May 2016

Lelaki di Tahan Kerana Menghina TMJ Troll Gambar Makan 'GAJAH'


Seorang penyokong bola sepak Pahang, Masyhur Abdullah (29 tahun) ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana dituduh mengkritik Penaung Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT). 


Ini dikatakan berdasarkan satu sebaran tweet Masyhur di page-page facebook penyokong JDT yang menghasut agar penyokong bola sepak Pahang ini ditahan kerana mengkritik gambar Penaung JDT berpinggankan gajah. Pihak Suaram sedang mendapatkan maklumat lanjut.




Ketua Polis Johor Wan Ahmad Najmuddin mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Dia ditangkap di Kuala Lumpur, dan harus dibawa balik ke Johor Bahru dan kita harus mohon reman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Keluang Man dikatakan mengeluarkan perkataan menghina itu sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ yang sedang makan gajah kecil bertulis CEO.

TMJ dikatakan merujuk kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) pasukan bola sepak Pahang Ahrizal Hasan selepas perlawanan dengan JDT sebelum itu.

Pahang memakai gelaran Tok Gajah dalam arena bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail Kemudian menjelaskan gambar itu tiada tujuan peribadi.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, dipenjarakan sehingga setahun atau denda RM1,000 setiap hari kesahan berlaku setelah sabitan kes.


EmoticonEmoticon