Thursday, 12 May 2016

Jamal Sekichan Ada Pistol, Ancam Tembak Pengasas Tarian Punggung, Ali Tinju.




Dua tokoh utama kumpulan penunjuk perasaan “Baju Merah” bertelagah hari ini, sehingga mendorong aduan polis berhubung dakwaan ugutan tembak.

Mohd Ali Baharom mendakwa Datuk Jamal Yunos mengugut untuk menembak selepas kenyataannya, bekas anggota tentera, mempertikaikan kelayakan ketua bahagian Umno itu untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Sebagai ketua bahagian, perangainya macam samseng,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi di sini. “Kerana dia memiliki senjata, tidak bermakna dia boleh mengugut untuk menembak sesiapa saja.”

Mohd Ali, juga dikenali Ali Tinju, mendakwa Jamal melontarkan ugutan itu dalam perbualannya  kira-kira 6.30 petang semalam.

Susulan itu, beliau menggesa polis membatalkan permit memilik senjata Jamal bagi menjamin keselamatan dirinya dan orang ramai.

Jamal belum lagi memberikan ulasannya sewaktu dihubungi.

Mohd Ali dan Jamal antara dua pemimpin utama Melayu yang menganjurkan demonstrasi “Baju Merah” sebagai reaksi bantahan mereka terhadap tunjuk perasaan Bersih 4 tahun lalu lapor Malay Mail.


EmoticonEmoticon