Wednesday, 18 May 2016

FGV kantoi beli 2 kondo mewah RM 8.4 juta

Kondo lagi. Kali ini Felda Global Ventures (FGV) pula. Peneroka dan pekebun dalam kesusahan tetapi FGV boleh habiskan RM8.4 juta untuk beli 2 unit kondo mewah. Selepas ini saya nak cadangkan tukar nama ‪#‎Malaysia‬ ‪#‎DarulKondo‬ Mohon sebarkan (saya dah bosan cerita gaduh politik ha3). Rakyat terbengkalai.


(Kenyataan penuh dan paparan kondominium, perjanjian dan lain-lain di 
http://rafiziramli.com/…/apa-kegunaan-dua-kondominium-mewa…/)

18 MEI 2016

APA KEGUNAAN 2 KONDOMINIUM MEWAH MILIK FGV BERHARGA RM8.4 JUTA PADA MASA PRESTASI FGV MASIH MENGECEWAKAN?

Umum mengetahui bahawa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak mencapai prestasi yang baik sejak mula-mula disenaraikan. Harga sahamnya terus merosot sejak disenaraikan dalam bulan Julai 2012 hingga sekarang (seperti di bawah):

Prestasi FGV sudah tentu menjadi perhatian rakyat kerana sahamnya banyak dipegang oleh institusi awam. Enam pemegang saham terbesar adalah institusi awam yang melibatkan rakyat terbanyak melibatkan wang rakyat sekitar RM10 bilion (mengambil kira harga semasa diterbitkan) seperti berikut:

Hari ini, NOW mengesahkan bahawa pada tarikh 29 September 2014, FGV telah memuktamadkan pembelian dua buah kondominium mewah di The Troika (berdekatan KLCC dan Menara Felda yang baru) pada harga berikut:

1. Unit A-20-2 berharga RM5,143,902 
2. Unit B-10-3 berharga RM3,283,770

Kedua-dua unit kondominium ini dibeli pada harga RM8,427,672 dan saya difahami FGV juga turut berbelanja untuk menaiktaraf dua unit kondominium mewah ini.

Saya telah menyemak Penyata Kewangan FGV yang terkini setakat 31 Disember 2015 dan boleh mengesahkan bahawa FGV telah merekodkan kondominium ini di dalam Penyata Kewangan dan tidak menerima sebarang sewaan dari unit-unit kondominium ini, seperti di bawah:

Bersama-sama ini disertakan salinan mukasurat utama dari perjanjian jual beli kedua-dua unit kondominium itu sebagai bukti pembelian tersebut.

https://drive.google.com/open…

https://drive.google.com/open…

Saya menyeru supaya kepimpinan baru FGV memberi kenyataan secepat mungkin menerangkan kewajaran pembelian ini dan tujuan FGV mempunyai dua unit kondominium mewah seperti ini dalam tahun 2014. FGV juga perlu mengesahkan sama ada kedua-dua unit ini masih lagi dimiliki oleh FGV setakat ini.

Kenyataan saya yang seterusnya adalah selepas FGV memberi maklumbalas mengenai pendedahan ini.


EmoticonEmoticon