Friday, 20 May 2016

Cukai Bisnes Online



Saya fikir dari sudut lain.

Ini caranya untuk verified income anda.

Pertama; perniagaan anda berdaftar. Kedua; anda bayar cukai.

Takut apa bayar cukai. Bayar sahaja. Yang penting uruskan dan optimumkan cukai. Banyak pelepasan boleh tolak. Kalau dah banyak sangat kena 25%, buatlah Sdn Bhd pulak. Kan senang jadi kaya.

Rekod Bayar Cukai Dengan LHDN Mudahkan Urusan Beli Harta

Dah ada verified income.

Dari bisnes yang berdaftar.

Boleh la buat pembiayaan hartanah semaksimum mungkin. Nak guna Hikmat Alam Semesta Mengikis Urat ASB petala 18 1 juta HP pun lagi senang.

Tak tahulah. Ini pandangan saya sebagai orang bisnes dan perancang kewangan.

Urus Cukai, Bukan Lari Bayar Cukai

You all mesti tahu.

Mindset orang kaya tak lari cukai, tapi urus cukai.

Katalah kena bayar cukai RM 4 ribu setahun. Dia bayar zakat pun RM 4 ribu. Oklah zakat kan. Cukai RM 4 ribu ni income lebih kurang RM 100 ribu setahun. Sebulan dapat gaji RM 8,500 sebulan.

Kalau ikut Debt Service Ratio 70%, boleh buat komitmen sehingga RM 5,810 sebulan. Dengan jumlah itu, anggaran harga rumah yang dapat beli; RM 5,810 x 200 = RM 1.2 juta.

Oklah tu, kena bayar cukai RM 4 ribu yang akhirnya jadi zakat (rebat cukai yang dibenarkan LHDN), tapi bank dapat lihat kita berkemampuan beli aset sampai RM 1.2 juta.

Leverage baik punya.

Betul ke tak abam kira ni?


EmoticonEmoticon