Saturday, 28 May 2016

Apabila Memandu Kereta Bentley Buat Kali Pertama

AIB MAHMUD PANDU BENTLEY RM1.5J RAKYAT SARAWAK TERPUKAU


TUN ABDUL TAIB MAHMUD MEMECUT KERETA MEWAH BERJENAMA BENTLEY BERHARGA RM1.5 JUTA YANG DIHADIAHKAN OLEH ISTERINYA, RAGAD WALEED AL-KURDI.

Sarawak – Pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Demak di Kuching ‘dikejutkan’ dengan kelibat Yang Dipertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud memecut kereta mewah berjenama Bentley berharga RM1.5 juta yang dihadiahkan oleh isterinya, Ragad Waleed Al-Kurdi.

Menurut catatan akaun Facebook, rata-rata pengguna jalan raya melahirkan kekaguman dengan kemampuan bekas ketua menteri Sarawak paling lama itu untuk bukan sahaja memandu, malah memecut pada kelajuan tinggi.

Laman Borneo Facebook itu turut menyiarkan gambar Taib sedang meronda-ronda bersama kereta barunya itu.

Portal Malaysiakini melaporkan gambar itu pada awalnya diletakkan oleh laman Instagram milik Ragad, dengan kapsyen: “Memandu kereta baru miliknya… Awak berhak mendapat lebih.”

Ragad menghadiahkan kereta itu sempena hari jadi Abdul Taib ke-80 dan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.


taib mahmud kereta

Pic by Fake Malaysia News
Ragad yang berasal dari Syria dan berkahwin dengan Abdul Taib pada tahun 2010 selepas kematian Laila Taib akibat kanser.

Sebelum Ragad, perkahwinan beliau dengan arwah Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.


EmoticonEmoticon

Whos