Saturday, 14 May 2016

“AHLI UMNO BUKAN BINATANG MAKAN DEDAK, KAMI HAMBA ALLAH” – BADRUDDIN



JIKA dilihat di media sosial, tidak terlepas daripada kita untuk melihat bagaimana parti pembangkang memviralkan pelbagai jenis dakyah dan fitnah keatas parti Umno.

Malangnya, segala fitnah yang dilontarkan itu telah menyebabkan rakyat percaya dan akibatnya mereka bertindak membenci yang dianaiya.

Mengulas mengenai perkara itu, Tan Sri Badruddin Amiruldin selaku Pengerusi Tetap Umno menganggap ia sesuatu yang tidak berasas untuk dijawab.

“Tohmahan yang di lontarkan pembangkang adalah tak berasas. Buat apa nak jawab,” katanya semasa di tanya dalam rancangan Dialog Tv1.

Beliau juga menyingkap kembali perjuangan parti keramat Umno yang telah menjangkau usia 70 tahun.

“Besarnya perjuangan Umno adalah mengagalkan Malayan Union,” tambahnya.

Atas jasa perjuangan inilah kata Badruddin, Umno harus dipertahankan khususnya dari golongan anak-anak muda.

Selain daripada mengagalkan Malayan Union, Umno juga telah banyak berjasa kepada rakyat negara ini.

Dengan kepimpinan berwibawa daripada Umno, maka transformasi pendidikan diwujudkan demi memastikan rakyat berjaya memajukan diri mereka masing-masing.

Bukan hanya itu, banyak lagi transformasi dan agenda kerajaan pimpinan Umno telah disediakan untuk rakyat sejak dari merdeka lagi.

Lebih menarik ketika ditemuramah dalam rancangan tersebut, Pengerusi Tetap Umno itu turut menyebut mengenai ‘pemakan dedak’ yang dituduh oleh sesetengah bekas pemimpin parti kepada pejuang parti sekarang ini.

“Kami bukan menatang (binatang) makan dedak, kami hamba Allah,” tegas Badruddin yang dilihat agak serius mengenai perkara ini.

Namun demikian, beliau tidak mahu mendedahkan nama bekas pemimpin yang bertindak melabelkan pejuang Umno sekarang ini dengan istilah ‘pemakan dedak’.

Beliau juga meminta agar sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin, maka kita harus bersatu bersetia berkhidmat di bawah kepimpinannya.

- See more at: http://www.tv14.my/2016/05/11/ahli-umno-bukan-binatang-makan-dedak-kami-hamba-allah-badruddin/#sthash.hqkmmany.dpuf


EmoticonEmoticon