Monday, 14 March 2016

Saya Tengku Keturunan Acheh,datuk dan Nenek Saya Pejuang Tanah Air Sebenar


Darah yang mengalir di dalam tubuh Tengku Adnan itu menyebabkan beliau tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui darah yang mengalir di dalam tubuhnya tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak.

Ini kerana beliau dan keturunannya yang berasal dari Acheh merupakan pejuang negara dan juga agama Islam.

“Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air.
“Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itu saya kuat, darah itulah yang mengalir,” katanya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.


Menurut Setiausaha Agung UMNO itu lagi, isu gelaran Tengku ini bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara ini sejak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

“Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia,” ujar beliau lagi.

Tengku Adnan yang mesra digelar Ku Nan turut menyedari bahawa gelarannya itu menjadi perbualan sesetengah pihak.

“Saya tahu, bila saya cakap lepas ini saya kena, sehinggakan keturunan saya mereka bangkitkan,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.


EmoticonEmoticon