Gagal bayar ganti rugi Hampir RM 1 Juta pada Anwar, rumah Papagomo akan disita


  
Rumah pengendali blog kontrovesi Papagomo bakal disita dan dilelong berikutan kegagalannya membayar ganti rugi sebanyak RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang diarahkan oleh mahkamah selepas didapati bersalah memfitnah ketua umum PKR itu.


Bagaimanapun, ketika pihak mahkamah dan peguam yang mewakili Anwar, Lateefa Koya tiba bagi menghantar writ sita dan lelong hari ini, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak berada di rumah.

Pihak mahkamah berulang-kali mengentuk pintu rumah namun tiada sebarang jawapan.

"Kami akan datang semula untuk menyerahkan notis ini dan akan mendapatkan tarikh baru daripada mahkamah," kata Latheefa kepada pemberita di luar Apartmen Villa Danau hari ini.

Papagomo, sebelum ini kalah kes saman berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog miliknya.

Mahkamah turut memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar termasuk kos RM50,000 kepada plaintif.

Pada 21 Mac 2014, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

0 Response to "Gagal bayar ganti rugi Hampir RM 1 Juta pada Anwar, rumah Papagomo akan disita"

Post a Comment