Monday, 29 February 2016

Harga Minyak Turun 20 Sen, Tengah Malam Ini



Kuala Lumpur – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka mengumumkan harga baharu minyak bermula 12 tengah malam ini.

Menurut sumber SuaraTV yang dihubungi sebentar tadi berkata, harga minyak dijangka turun sebanyak 20 sen.

Menurutnya penurunan tersebut susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Pada 1 Februari lalu, harga runcit RON97 turun sebanyak 20 sen kepada RM2.05 seliter manakala diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter.
Terdahulu Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata penurunan harga minyak secara mendadak ini bakal menyebabkan ramai perniaga kecil gulung tikar.

“Kami tak sangka penurunan harga minyak menjadi begitu mendadak, sejak Disember 2014 sehingga Februari 2016 kenaikan minyak hanya berlaku sebanyak empat kali.

“Jika trend sebegini berterusan, dibimbangi banyak pengusaha stesen minyak khususnya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan gulung tikar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – SuaraTV


EmoticonEmoticon

Whos