Sunday, 17 January 2016

Proton Akan Menaikan Harga Kereta Februari Ini



PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) mungkin perlu menaikkan harga keretanya selepas Tahun Baharu Cina pada Februari ini memandangkan kos mengimport komponen meningkat disebabkan penyusutan nilai ringgit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Harith Abdullah berkata, ringgit kini lebih rendah berbanding setahun lalu yang mempengaruhi harga komponen import.

Menurutnya, Proton berusaha sedaya upaya untuk tidak menaikkan harga sehingga Tahun Baharu Cina bagi membolehkan pelanggannya menikmati kereta baharu pada harga semasa.

Katanya, kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada komponen dalam kenderaannya diimport.

Sebelum ini, Honda Malaysia menaikkan harga kereta keluarannya sebanyak dua hingga tiga peratus tahun ini.

Manakala, UMW Toyota Motor telah mengumumkan bahawa syarikat juga akan menaikkan harga produknya sebanyak empat hingga 16 peratus bermula bulan ini.

Mitsubishi Motors Malaysia juga membayangkan akan mengambil langkah yang sama. - Bernama


EmoticonEmoticon

Whos