Wednesday, 6 January 2016

Isu 2.6b : Penjelasan-Penjelasan Najib Yang Buat Anda Ketawa Terbahak-Bahak! [Video Inside]




KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Sorry Najib. Penjelasan kau sangat... membuatkan aku.. kah kah kah

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kalau la yang jawab tu penyokong tegar Najib ke apa ke aku boleh faham lagi level kebodohan dia. Tapi sebab yang bagi penjelasan tu Najib = seorang PM, maka aku rasa eh Najib, kau seriyus? Kau pasti kau sedar apa yang kau ucapkan? Kau bukannya tengah mamai kan?

KAH KAH KAH

Pada awalnya aku macam ragu-ragu sikit bila baca laporan portal. Walaupun aku percaya juga mungkin benar apa yang dilaporkan tetapi rasanya lebih baik mendengar sendiri untuk memahamkan betul-betul apa yang Najib sampaikan.

Selepas mendengar dengan telinga sendiri, aku menjadi semakin yakin kenapa Mahathir semakin bersemangat untuk menjatuhkan Najib dalam UMNO. Bukan Najib yang Mahathir benci. Bukan juga kerana Najib enggan peduli atau mengikuti kehendak Mahathir.

Tetapi kerana nak menyelamatkan UMNO dari ranap dan tersungkur. Macam neh punya penjelasan, manusia yang sokong UMNO pun tak mampu nak percaya. Bezanya, samada mereka berani meluahkan secara berdepan atau mengutuk belakang-belakang atas nama menjaga intergriti ketua dan parti.

Lihat video yang aku petik menerusi tv3 sebagai bukti hujah. Jangan kata ia fitnah.


Point Najib ;

1. Dia tidak bersalah dalam isu 2.6b

2. Penggunaan perkataan DERMA jelas disebutkan oleh Najib disitu.

3. Aku pernah baca kemarahan geng2 UMNO kepada SPRM kononnya istilah DERMA itu tidak tepat.

4. Tapi apa guna kau semua marah-marah suatu waktu dahulu apabila tuan punya badan yang dikaitkan dengan isu tersebut pun guna istilah DERMA? Pftttt.

5. 2.6b bukan hasil dari sumbangan orang ramai jauh sekali duit 1MDB.

6. Mereka yang menderma tidak beranggapan ia satu bentuk rasuah dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

7. Ini satu lagi penjelasan yang kelakar (baca : bangang).

8. Jika mereka merasuah dan kau sedang terima rasuah, adakah kau akan mengakui secara terbuka di kaca TV, Najib?

9. Mungkin itu akan berlaku jika kau sedang menginsafi, tetapi apakah kau sedang menginsafi Najib?

10. 2.6b bukan suatu angka yang sedikit atau kecil.

11. Tak mungkin mereka tidak mengharapkan apa-apa sumbangan dan balasan.

12. Tetapi aku macam pelik sedikit dengan point Najib bila dia sebut 'MEREKA'.

13. Bukan kah mereka itu merujuk kepada 'orang arab yang menderma'?

14. Ada berapa ramai orang arab yang mengumpulkan duit-duit mereka untuk menderma ke akaun Najib agaknya?

15. Najib juga menyebut, ketika account berkenaan diwujudkan, Bank Negara sedar akan perkara tersebut.

16. Jadi ianya tidak bersalah dengan undang-undang negara.

17. Sebelum itu Najib turut mengatakan dia tidak bersalah dalam isu 2.6b.

18. Takan la nak buka account bank dianggap bersalah. Sudah tentu buka account bank tak bersalah. Kita persoalkan urusniaga yang melibatkan account bank tersebut kot. Alahai Najib.

19. Najib begitu berani menggunakan station TV untuk membuat penjelasan bahawa dia tak bersalah dalam isu 2.6b.

20. Dalam waktu yang sama, apabila diminta untuk menjelaskan isu berkenaan di dalam parlimen, Najib memilih untuk mengelak.

21. Itu pun bagi alasan bodoh. Kononnya atas nasihat AG.

22. Itu kan sidang parlimen. Kau kan PM Malaysia. Diminta menjawab dalam parlimen bermaksud untuk kau menjawab kepada rakyat Malaysia. Untuk kau mendengar pandangan2 rakyat melalui wakil rakyat pembangkang. Untuk kau tahu apa yang rakyat Malaysia fikir tentang 2.6b. Untuk kita berkomunikasi. Walaupun kami menggunakan lidah pembangkang, mulut pembangkang, body pembangkang, tetapi point-point itu semua ada dalam ahti kami, otak kami, pemikiran kami. Dan itu pun Najib tak sudi nak muncul dan menjelaskan serta melalui sesi soal jawab dan perbahasan terbuka di parlimen.

23. Lalu bila rakyat berdemo, protes, placard atau buat lagu mahupun parodi, jangan la marah. Bila ajak bahas direct, taknak. Bila ajak bahas guna pembangkang pun taknak. Punya susah nak berkomunikasi dengan piem melainkan melalui jalan bodek. Apakah itu perhubungan yang ikhlas? Mereka yang bodek kau ialah mereka yang mahu duit. Apakah kau 'buat' kawan-kawan dengan duit?

24. Jawab guna Zahid. 3 minit punya penjelasan yang tak macam penjelasan dan lebih teruk sesi soal jawab 'diharamkan' sama sekali. Dalam masa yang sama memaksa rakyat mempercayai penjelasan tersebut. Adakah itu perkara yang betul?

25. Kemudiannya kata Najib lagi, apabila ditanya kenapa ianya dimasukkan ke dalam account bank peribadi Najib, Najib menjawab ianya adalah atas kehendak penderma.

26. Penderma menderma 2.6b kepada Najib. Penderma bukan melakukan rasuah. Penderma tidak mengharapkan apa-apa balasan. Penderma cuma mahu satu. Iaitu duit derma perlu masuk ke dalam account Najib. Ia adalah atas kehendak penderma.

27. Jika Najib ialah piem yang waras, sudah tentu dia akan mengesyaki niat penderma tersebut.

28. Pasal apa kau nak masukkan derma dalam account aku?

29. Bukan rasuah, bukan ada niat jahat tetapi hanya nak masukkan derma dalam account aku?

30. Niat macam tu aje pun dah 'fishy'. Ada elemen-elemen yang mencurigakan. Kenapa Najib tak pertikaikan?

31. Then proceed. Kemudian kantoi. Lepas tue dikritik hebat. Nampak tak kebodohan kau sebagai piem disitu?

31. Sepatutnya dari awal lagi ko tolak tawaran bangang macam tu.

32. Lue nak derma? Oke, pada siapa, atas tujuan apa? Owhh politik ya, dana pilihanraya ye? Kami ada undang2 tersendiri. Kena masukkan dalam account parti dan diaudit. Perlu dibuat secara terbuka.

33. Tambah Najib, derma itu dibuat secara peribadi kepada Najib.

34. Ini satu lagi benda bangang.

35. Kau orang kaya kot. Ko bukan orang miskin yang memerlukan bantuan. Ko perlu diderma untuk apa? Jika kau bukan piem kau rasa ada ke orang nak derma pada orang sihat walafiat, kaya raya semua ada macam kau?

36. Aku ingat lagi. Dulu puak2 UMNO mencabar BERSIH 4 dedahkan penyumbang dan cara derma 2.6 juta dibelanjakan.

37. BERSIH 4 dedahkan semua sekali. Siapa yang derma, perincian perbelanjaan semua cukup.

38. Kenapa dalam 2.6b tak berani buat tindakan yang sama?

39. Apatah lagi selepas Najib dengan mulutnya sendiri mengakui bahawa DERMA ITU DIBUAT KEPADANYA SECARA PERIBADI.

40. Ayat itu jelas menggambarkan sesuatu yang PELIK sedang berlaku.

41. Najib ialah PM Malaysia, ketua dalam banyak hal dan berkuasa untuk merangka dan meluluskan pelbagai polisi dan dasar-dasar negara serta mempunyai pengaruh dalam banyak projek-projek berkaitan pembangunan dalam negara.

42. Tak mungkin dalam dunia neh akan ada orang yang mahu derma 2.6b kepada Najib tanpa mengharapkan sesuatu sebagai 'reward'.

43. Jika ada orang sebegitu, tolong bawa jumpa aku. Aku nak minta derma untuk bina rumah-rumah orang miskin dan edarkan secara percuma. Ada ramai yang miskin memerlukan rumah dan memerlukan wang untuk merawat penyakit di dalam negara aku neh.

44. Penjelasan tersebut juga tak disusuli dengan alasan mahu membendung ISIS. Masih ingat lagi tak dulu isu derma dikaitkan dengan mengawal dan membendung pengaruh ISIS di Malaysia?

45. Kemudian banyak cerita-cerita tentang ISIS berlaku di sana sini. Dan-dan ada ancaman bom la. Dan-dan data tentang pengaruh ISIS di Malaysia dihebah-hebahkan seolah2 Malaysia neh dah teruk diresapi dengan roh-roh ISIS di sana sini. Dan-dan ada orang kena tahan kerana ISIS dan sebagainya.

46. Tetapi kenapa dalam wawancara tersebut tak diperjelaskan tentang isu ISIS yang dikaitkan dengan derma 2.6b tersebut?

47. Nampak sangat penjelasan pada awalnya ialah AUTA kan?

48. Apabila kau asyik kantoi kerana menipu, kantoi dan kantoi. Apakah kau fikir rakyat akan mempercayai kau lagi? Jika kau pernah menipu dulu, apakah yang akan menghalang kau untuk menipu lagi Najib? Walaupun penjelasan-penjelasan Najib neh kelakar tetapi dalam waktu yang sama dia sebenarnya sedang beranggapan rakyat Malaysia neh bodoh-bodoh belaka. Walaupun menyediakan jawapan sebegitu bodoh, dia tahu paling kuat pun rakyat hanya akan troll di media sosial dan mengkritik di facebook. Ia tak mungkin revolusi atau rakyat baling batu di depan rumahnya. Dia tahu kemampuan dan keberanian rakyat takat mana. Berani mulut bukan berani tindakan. Itu kami. Najib berjaya memanipulasikan kelemahan rakyat dengan begitu baik sekali dan macam biasa, kita kalah sekali lagi. Walaupun mungkin kita marah membuak-membuak dalam ahti.

49. Aku harap penulisan neh, blog ini akan bertahan dalam masa yang lama. Walaupun aku dah mati berpuluh-puluh tahun, beratus-ratus tahun ataupun berkurun-kurun zaman.

50. Tolong la rakyat Malaysia. Rakyat pada generasi akan datang. Jangan tiru apa yang kami buat. Jangan pilih pemimpin seperti yang kami pilih. Yang menyeksa kami, yang menindas kami, yang memperbodohkan kami, yang mempermainkan kami, yang memanipulasikan kami, yang menipu kami untuk kepentingan politik mereka. Penulisan ini adalah sejarah untuk kamu. Untuk kamu belajar dan jangan tiru apa yang pernah kami buat. Kesalahan kami biar berakhir pada generasi ini. Tolong jangan teruskan pada masa akan datang. Tolong jadi lebih berani dari aku, tolong jadi lebih berani dari kami, tolong jadi lebih berani dalam menjatuhkan pemimpin yang zalim. Dengan menjadi pengecut seperti aku, itu bermaksud aku beri kemenangan percuma kepada yang jahat. Inilah kebenarannya.


EmoticonEmoticon