Wednesday, 6 January 2016

Industri Bauksit Kuantan Akan Kekal



Syarikat-syarikat perlombongan bauksit di Kuantan harus menikmati moratorium sementara yang diumumkan oleh kerajaan hari ini kerana ia akan memberi mereka keuntungan yang lebih, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Ini satu rahmat. Jika saya jadi mereka, saya akan nikmati moratorium itu," kata Adnan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengumumkan bahawa industri bauksit Kuantan akan kekal tetapi aktiviti perlombongan dihentikan sementara untuk kerja-kerja pembersihan kawasan itu.

Beliau juga mengumumkan bahawa permit eksport hanya akan diberikan kepada syarikat dan bukannya individu.

Adnan (kanan) berkata, tindakan itu akan mengurangkan bekalan dan oleh itu harga akan meningkat.



EmoticonEmoticon