Saturday, 16 January 2016

DAP Persoal Sekolah Agama , Dakwa Ia Turut Jadi Punca Pemisahan Kaum



Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) hari ini menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan mengatakan ia bersifat perkauman, mengatakan perkara sama boleh diperkatakan kepada sekolah agama.
“Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam‎.

“Tapi saya tidak kata sekolah agama bersifat‎ perkauman, hanya sebagai contoh. Tuduhan mereka pada sekolah jenis kebangsaan, bagaimana pula sekolah agama? Kerana ia perkara sama iaitu sekolah yang hanya untuk kaum tertentu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu buku rujukan model kertas soalan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), membincangkan perkara sensitif melibatkan kaum Cina dan Melayu seperti didedahkannya semalam.

Katanya, daripada perkembangan terbaru yang diterima, penerbit buku Info Didik Sdn Bhd sudah memohon maaf dan akan menarik kembali penjualan buku tersebut di pasaran.
Bagaimanapun katanya isu sebenar adalah cerpen yang digunakan ‎dalam kertas soalan Bahasa Melayu yang mempunyai unsur perkauman.

“Cerpen tersebut yang dijadikan contoh bagi soalan tersebut tidak sesuai untuk dijawab oleh pelajar kerana ia mempunyai unsur kebencian perkauman yang boleh menyebabkan maksud sebenar dimanipulasi dan disalahertikan.”

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak pemilihan cerpen itu disengajakan dan mempunyai konspirasi memburukkan SJK.

“Saya tidak menolak kebenaran. Ia seperti disengajakan oleh sesetengah pihak,” katanya.
“SJK bukan punca. Kita terima juga murid dan kaum lain. Tidak ada salahnya dengan sekolah itu,” katanya.

Petikan cerpen ‘Melissa’ oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam cerpen itu tertulis: “Akhir sekali berlakunya pembunuhan orang Melayu yang dilakukan oleh orang Cina‎.”

Sumber


EmoticonEmoticon